Tuesday, October 30, 2012

Better remain UNSPOKEN what you've thinking

Bismillahirrahmanirrahim..

Rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain,
Pepatah yang kerap diungkapkan dan amat mendalam frasa setiap perkataan,
Jujurnya jika dilihat sekilas pandang semuanya kelihatan sama,
Tetapi setelah bersama, mengenali diri seseorang barulah kita kenal,
Siapa dan bagaimana HATI seseorang,

Hati sebisanya sangat2 unpredictable,
Susah nak dijangka,
Kadang ke kanan,
Kadang ke kiri,
Kadang tak terfikir dek aqal akan kehendak hati,
Susah mentafsir hati-hati manusia,


Terkadang berfikir untung tidak punya perasaan,
Tetapi ketahuilah jika nikmat perasaan dihayati sebaiknya sangat memberi impak maksima kepada diri,

Kita dikurniakan aqal,hati dan perasaan,
Sebolehnya kita ini mahu penuhkan kehendak insan tersayang,
Tidak kiralah ummi abah kah,
Sahabat kah,
atau sesiapa saja..

Tak pernah berniat untuk tunjuk diri ini adalah terbaik,
Tetapi ada keperluannya untuk kita turut serta bergelumang dalam tompokan manusia itu,
Merasakan bertanggungjawab,
Untuk bersama mereka,

Moga-moga,
Dengan hadirnya kita
Dapat menceriakan semua,
Dengan hadirnya kita
Orang lain hilang bebanannya,

Tidak pernah terlintas,
Pinta untuk dilihat diri hebat,
Hati ini hanya sekadar ingin membantu,

Harap hanya padaNYA.. <3 Allah <3

Awesome kan IF...!!

Setiap dari kita gaulkan sikap TAWADDU' dalam diri,

Realitinya SUSAH....
Tetapi, tidak dapat tidak harus dan paksa diri untuk berlaku sedemikian,
Moga-moga ganjaran dariNya yang diharapkan,

Usah diceritakan apa yang hadir di hati,
Biarlah ia tetap tersembunyi sehingga saatnya tiba,


"ITS BETTER REMAIN UNSPOKEN WHAT YOU'VE THINKING"



Thursday, October 11, 2012

What do you stand for??


Bismillahirrahmanirrahim..

Sambil2 menyimpan kertas2 usang yang tersimpan rapi di rak..
Terselak naskhah berkenaan aqidah islam..
Terlintas di benakku tentang aqidah umat di negara kita..
Sekarang ni mcm2lah tmbul dgn syiahnya,wahabi dan segala bagai..
Terfikir entah dari mana silapnya kita...


Mungkin jua dari orang tarbiyyah sendiri..
Tidak inginku ajukan jari kepada sesiapa..
Lagi ditunjukkan jari ke arah mereka..
Empat jari lagi mengaju ke arah diri sendiri...
Lebih baik salahnya diletakkan pada diri sendiri...

Terfikir mcm mana agama yang pelik2 ada pengikut yang ramai..
Mungkin mereka ada keistimewaannya..
Kenapa?? agama islam x de keistimewaan ke?
Ke kita yang x menonjolkan keistimewaan Islam tu sendiri?

Bukan dengan menzahirkankan penulisan ini,.
Untuk menunjukkan kelemahan orang beragama ...
Tetapi cuba kita selidik dalam2 tentang Islam dan agama2 lain..
Lakukanlah perbandingan..

Persoalan datang bertubi-tubi..
Kenapa ada banyak pihak mahu menindas Islam itu sendiri..
Pelik3?? (menyoal diri sendiri)

Atau mungkin USLUB(cara) yang kita sampaikan x kena dengan kehendak mad'u?
KREATIF wahai daie... be CREATIVE..
Jadilah seperti daie sejuta ummat (Ust.Azhar Idrus)..
So kena cakak ganung ler gitu dok??
Tak perlu,, Just use your own ability..

Jangan pulak kreatifnya menjadi pelik..
Kreatif ikut kesesuaian tempat dn keadaan..


Tapi sebelum itu pastikan apa yang ada kita adalah dari sumber yang sahih..
Mantapkan ilmu fadhu ain baik yang fardhu kifayah..
Buatlah apa saje dalam menyebar luaskan agama syumul..
Asalkan tidak menyalahi syara'..
Tidak merempuh benteng yang telah termaktub dalam Al-Quran dan juga sunnah..
Yang itu tidak dapat tidak, harus dipatuhi..


Jadi biarlah orang di sekeliling kita teracun dengan tarbiyyah islam..
Biar orang tengok kita, mereka nampak Islam..
Mereka nakkan Islam..
Mungkin ini pandangan kerdil dari sisi kotak pemikiranku..
Entah mungkin sahabat ada pandangan lain..
Mungkin ada pandang sisi buta diriku yang tidakku sedari...
Dipersilakan untuk suarakan..