Sunday, March 31, 2013

TURNING POINT!!


Bismillahirrahmanirrahim..



Selesai ber"keluarga" bernaqibahkan seorang kakak yang insyAllah istimewa di mataku dan insyAllah di mataNya….

ALHAMDULILLAH!!

Pernah dengar tak yang ada orang kata praktikal sebenar sesebuah USRAH adalah bermula apabila dibacakan al-asr dan tasbih kaafarah dan diakhiri dengan Al-fatihah..

Sebenarnya itulah hakikat PRAKTIKAL dunia realiti. Ketika usrah sedang berjalan, semua orang yang berada di dalam kelompok itu boleh berkata-kata hebat, berkata itulah,inilah dan sebagainya. Tetapi untuk menguji segala apa yang diperkatakan.

Ketika mana waktu praktikal. BETUL X??  Bermula dari habis usrah sehingga kembalilah kepada usrah kembali. Itulah diri kita sebenarnya. Macam mana mengolah ilmu yang dipelajari sepanjang bergelar hamba, adakah makin mendekat kepadaNya atau kufur dengan nikmat ILMU pemberianNya, sehingga membiarkan otak penat mempelajarinya tanpa diaplikasikan…

Nauzubillahi min zalik… HERM.. (renung2kan)

Usrah today share about the TURNING POINT..

Macam pernah dengar kan?? (^-,^)
Baguslah.. ANDA terbaik..(Y) dalam Matematik dulu ada sebut tentang turning point. Nasib baik dapat A in this subject. Turning point ini adalah titik kemuncak. Titik yang berada pada state yang kritikal.Di mana ia akan berpatah balik kepada state yang asal. OK!! We're back to the our topic.

Dalam kehidupan kita , cuba kita ingat kembali, 7 tahun dulu siapakah kita dan apakah impian kita, untuk waktu sekarang dan juga 7 tahun akan mendatang.. Bagaimanakah kita hendak mencorakkannya. Alhmdulillah perkongsian kisah dari sahabat-sahabat. Ada yang dari “zero” tentang Islam sekarang dah boleh kata “hero” dalam bab Islam. AWESOME kan (^_^).. Alhamdulillah..

Dan untuk 7 tahun terkehadapan kita yang bakal mencorakkan siapakah kita. Sama-sama fikirkan dan bertindak… InsyAllah….


Hadis Nabi Muhammad S.A.W mafhumnya :

“Katakanlah aku beriman kepada Allah, maka istiqamahkanlah “

Begitulah lumrah diri,
Kita bukanlah hidup untuk mati
Tetapi kita mati untuk hidup yang seterusnya.
Rencanakan keperluan hari esok kita di sana.

Dan perkara yang paling tersentuh apabila naqibah katakan :

“Setiap kali kita berdoa , doakan Ya Allah pilihkan daku yang terbaik dalam segenap sesuatu yang aku lakukan”

Biar Allah yang pilihkan untuk kita, pasti bahagia pengakhirannya. Biar kecewa permulaannya, tetapi bahagia di akhirnya.

InsyAllah semoga bermanfaat.

Wallahualam.





Friday, March 29, 2013

Perjuangan

Bismillahirrahmanirrahim..

Perjuangan
Setiap orang mendefinisikannya dalam pelbagai erti
Kerana setiap dari kita pasti punya misi dan visi tersendiri

Definisinya tidak terbatas
Skopnya berbeza-beza
Meluas

Contohnya dapat dilihat sebagai seorang

Anak
  .
Pelajar
  .
Hamba Allah
  .
Suami @ Isteri
  .
Bapa @ Ibu
  .
Pekerja
  .
Majikan

Dan banyak lagi,pokok pangkalnya
Semuanya memerlukan pengorbanan

Hanya sempat mendengar penceritaan kembali dari sahabat
Yang mengongsikan kisahnya
Yang segenap jiwanya
Jatuh hati dalam memperjuangkan Perjuangan Rasulullah

Seorang isteri
Ibu kepada 6 orang anak
Dan jua nenek kepada beberapa orang cucu-cucunya

Beliau mesra dibahasakan "mak cik Sarah"
Susuk tubuhnya bertenaga
Bersemangat bicaranya
Tapi bukan angkuh
Merendah hatinya
Meletakkan Allah segala-galanya

Persoalan ringkas dari kami
Macam mana ustazah menguruskan masa ustazah
Di kala begitu sibuk
anak-anak
dengan keluarga
gerak kerja dakwah
dan komitmen lain

Jawabnya ringkas
"Laksanakan segala suruhan Allah
Tinggalkan yang Mungkar"

Itu saja
tersurat . tersirat . mendalam . penuh pengertian

Bagaimanakah?

Sepertinya kita jua selalu menyatakan perkara sedemikian rupa
Tapi cakap beliau bukan sekadar cakap
Diolah cakapnya dalam erti kata kelakuan

"Ya lah, anak-anak ., Bila kita sebagai isteri tidak dapat tidak sempurnakan tanggungjawab kita di rumah, kemudian barulah di luar rumah, Alhamdulillah suami mak cik redho dengan jalan yang mak cik pilih, malah menyokong dan kadang-kadang turut bersama turun padang bersama-sama"

Pada mata kasar kami bila bertentang mata
Dengan anak-anaknya
MASYAALLAH
Hebat seperti ibunya
Cucunya sedari kecil dipupuk solat berjemaah di masjid
Comel dan soleh tampaknya
Anaknya jua saling tidak tumpah seperti ibunya

Peri pentingnya perjuanagan memerlukan pengorbanan
Andai hatinya tidak terikat dan cinta pada Rasulullah
Adakah beliau mahu bersama-sama menegakkan Islam?

Ya Allah...
Kuatkah aku mahu sepertinya?
Mampukah aku mahu sepertinya?

Maaf kupohon andai dengan apa yang diperjuangkan
Nampak leceh di mata pandangan manusia
Tapi hati ini ingin benar
Mendapat syafaat dari Rasulullah
Mahu melihat generasi Al-Quran
Yang insyAllah mantap sisipan ilmu di dada
Tinggi menjulang matlamatnya
Andai tidak dimulai dari sekarang
Bila lagi?

"Inikalilah" penangan dari Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR #KL112

I.N.S.Y.A.L.L.A.H

Andai bukan kita siapa lagi,
Andai bukan sekarang bila lagi,
Tanyalah hati kita,
Kefahaman sudah ada,
Carilah perjuangan yang menepati,

Dilihat enteng,
Tetapi ini saham kita di sana nanti,
Yang PASTI dariNya....