Wednesday, October 23, 2013

Bila semua berkempen

Bismillah.

Bila semua berkempen
Kempen dengan hasrat mahu membawa perubahan
Dengan membawa matlamat tersendiri
Bawalah dengan "amanah"
Bukan dengan rasa semata gagah

Bukan hanya di mulut nampak berombak
Bukan hanya di hati tampak berapi
Bahkan biar apa yang dikata
Diturutkan kerja

Berpagi-pagi dengan kempen
Subuh,zohor, asar,mgrib dan isya' entah ke mana
Banyakkan menung di tepi kali
Lihat dunia dengan mata hati
Bukan dengan sekadar berhati-hati

Susah hidup berkelana
Hanya kerana redha Ilahi
Susah hidup jangan dibiar merana
Hanya kerana lisan insani

P/s : Buat warga Unimas, turunlah mengundi. Kecil tampaknya. Besar harganya. Kerana dengan satu undi.