Tuesday, October 30, 2012

Better remain UNSPOKEN what you've thinking

Bismillahirrahmanirrahim..

Rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain,
Pepatah yang kerap diungkapkan dan amat mendalam frasa setiap perkataan,
Jujurnya jika dilihat sekilas pandang semuanya kelihatan sama,
Tetapi setelah bersama, mengenali diri seseorang barulah kita kenal,
Siapa dan bagaimana HATI seseorang,

Hati sebisanya sangat2 unpredictable,
Susah nak dijangka,
Kadang ke kanan,
Kadang ke kiri,
Kadang tak terfikir dek aqal akan kehendak hati,
Susah mentafsir hati-hati manusia,


Terkadang berfikir untung tidak punya perasaan,
Tetapi ketahuilah jika nikmat perasaan dihayati sebaiknya sangat memberi impak maksima kepada diri,

Kita dikurniakan aqal,hati dan perasaan,
Sebolehnya kita ini mahu penuhkan kehendak insan tersayang,
Tidak kiralah ummi abah kah,
Sahabat kah,
atau sesiapa saja..

Tak pernah berniat untuk tunjuk diri ini adalah terbaik,
Tetapi ada keperluannya untuk kita turut serta bergelumang dalam tompokan manusia itu,
Merasakan bertanggungjawab,
Untuk bersama mereka,

Moga-moga,
Dengan hadirnya kita
Dapat menceriakan semua,
Dengan hadirnya kita
Orang lain hilang bebanannya,

Tidak pernah terlintas,
Pinta untuk dilihat diri hebat,
Hati ini hanya sekadar ingin membantu,

Harap hanya padaNYA.. <3 Allah <3

Awesome kan IF...!!

Setiap dari kita gaulkan sikap TAWADDU' dalam diri,

Realitinya SUSAH....
Tetapi, tidak dapat tidak harus dan paksa diri untuk berlaku sedemikian,
Moga-moga ganjaran dariNya yang diharapkan,

Usah diceritakan apa yang hadir di hati,
Biarlah ia tetap tersembunyi sehingga saatnya tiba,


"ITS BETTER REMAIN UNSPOKEN WHAT YOU'VE THINKING"



2 comments:

  1. Ni bila hati bertemu hati..makna bila suke same suke ke aisyah...Tpi kdng betul kite elok kita x bagitau..adw masenya boleh dibagitau..tpi atas saluran yg betul la..dan niat msti kena jelas kenapa nak dibagitau..saje suka2 atau nak cari RedaNya..dan mesti tepat pade waktunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. =)... untuk saudara syahir,perkara ni meliputi segala aspek, baik antara kita dengan mak ayah kita, sahabat kita atau sesiapa saja,,, contoh lebih dekat bila kita bersahabat ad perkarakita x perlu bagtau kat dia supaya dia tidak risau akan kita, dan bila mana kita terasa dengan sahabat kita, kita better UNSPOKEN so that x bertambah kecelaruan dan masalah... Ia meliputi segalanya syahir...

      Delete