Saturday, November 3, 2012

Cahaya HATI

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Bila hati payah mengingati ALLAH
Bila HATI tak bersyukur dengan kesenangan
Bila HATI tak sabar dengan kesabaran
Bila kurang terkesan oleh peringatan
Bila cintakan diri lupakan kawan
Bila cenderung pada yang haram dan dosa
Suka menzalim dan menganiaya
Itulah petanda HATI yang buta


Paksalah HATI mengingati TUHAN
Belajarlah syukur dengan yang ada
Hasil bersabar dengan apa yang tiada
Dekati sumur ilmu cedoklah titisan peringatan
Jauhilah yang haram dan syubhah
Carilah bimbingan solihin terdekat
Bersahabatlah dengan orang yang baik
Pemurah,pemaaf, dan bersedekah
Nescaya hati kan bercahaya semula


Ingin kumelihat yang indah dan cantik
Sayangkan ketika segalanya sudah nyata
Aku jadi buta untuk melihatnya
Mata berselubung keindahan ilusi
Hati terlindung keindahan hakiki
Cahaya atas cahaya
Itulah cahaya yang di hati
Cahaya lindungi cahaya
Itulah cahaya yang di mata
Aku terkesima

('-')...

~Dimana DIA diHATIku~
: :Pahrol Mohd Juoi: :

Tuesday, October 30, 2012

Better remain UNSPOKEN what you've thinking

Bismillahirrahmanirrahim..

Rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain,
Pepatah yang kerap diungkapkan dan amat mendalam frasa setiap perkataan,
Jujurnya jika dilihat sekilas pandang semuanya kelihatan sama,
Tetapi setelah bersama, mengenali diri seseorang barulah kita kenal,
Siapa dan bagaimana HATI seseorang,

Hati sebisanya sangat2 unpredictable,
Susah nak dijangka,
Kadang ke kanan,
Kadang ke kiri,
Kadang tak terfikir dek aqal akan kehendak hati,
Susah mentafsir hati-hati manusia,


Terkadang berfikir untung tidak punya perasaan,
Tetapi ketahuilah jika nikmat perasaan dihayati sebaiknya sangat memberi impak maksima kepada diri,

Kita dikurniakan aqal,hati dan perasaan,
Sebolehnya kita ini mahu penuhkan kehendak insan tersayang,
Tidak kiralah ummi abah kah,
Sahabat kah,
atau sesiapa saja..

Tak pernah berniat untuk tunjuk diri ini adalah terbaik,
Tetapi ada keperluannya untuk kita turut serta bergelumang dalam tompokan manusia itu,
Merasakan bertanggungjawab,
Untuk bersama mereka,

Moga-moga,
Dengan hadirnya kita
Dapat menceriakan semua,
Dengan hadirnya kita
Orang lain hilang bebanannya,

Tidak pernah terlintas,
Pinta untuk dilihat diri hebat,
Hati ini hanya sekadar ingin membantu,

Harap hanya padaNYA.. <3 Allah <3

Awesome kan IF...!!

Setiap dari kita gaulkan sikap TAWADDU' dalam diri,

Realitinya SUSAH....
Tetapi, tidak dapat tidak harus dan paksa diri untuk berlaku sedemikian,
Moga-moga ganjaran dariNya yang diharapkan,

Usah diceritakan apa yang hadir di hati,
Biarlah ia tetap tersembunyi sehingga saatnya tiba,


"ITS BETTER REMAIN UNSPOKEN WHAT YOU'VE THINKING"



Thursday, October 11, 2012

What do you stand for??


Bismillahirrahmanirrahim..

Sambil2 menyimpan kertas2 usang yang tersimpan rapi di rak..
Terselak naskhah berkenaan aqidah islam..
Terlintas di benakku tentang aqidah umat di negara kita..
Sekarang ni mcm2lah tmbul dgn syiahnya,wahabi dan segala bagai..
Terfikir entah dari mana silapnya kita...


Mungkin jua dari orang tarbiyyah sendiri..
Tidak inginku ajukan jari kepada sesiapa..
Lagi ditunjukkan jari ke arah mereka..
Empat jari lagi mengaju ke arah diri sendiri...
Lebih baik salahnya diletakkan pada diri sendiri...

Terfikir mcm mana agama yang pelik2 ada pengikut yang ramai..
Mungkin mereka ada keistimewaannya..
Kenapa?? agama islam x de keistimewaan ke?
Ke kita yang x menonjolkan keistimewaan Islam tu sendiri?

Bukan dengan menzahirkankan penulisan ini,.
Untuk menunjukkan kelemahan orang beragama ...
Tetapi cuba kita selidik dalam2 tentang Islam dan agama2 lain..
Lakukanlah perbandingan..

Persoalan datang bertubi-tubi..
Kenapa ada banyak pihak mahu menindas Islam itu sendiri..
Pelik3?? (menyoal diri sendiri)

Atau mungkin USLUB(cara) yang kita sampaikan x kena dengan kehendak mad'u?
KREATIF wahai daie... be CREATIVE..
Jadilah seperti daie sejuta ummat (Ust.Azhar Idrus)..
So kena cakak ganung ler gitu dok??
Tak perlu,, Just use your own ability..

Jangan pulak kreatifnya menjadi pelik..
Kreatif ikut kesesuaian tempat dn keadaan..


Tapi sebelum itu pastikan apa yang ada kita adalah dari sumber yang sahih..
Mantapkan ilmu fadhu ain baik yang fardhu kifayah..
Buatlah apa saje dalam menyebar luaskan agama syumul..
Asalkan tidak menyalahi syara'..
Tidak merempuh benteng yang telah termaktub dalam Al-Quran dan juga sunnah..
Yang itu tidak dapat tidak, harus dipatuhi..


Jadi biarlah orang di sekeliling kita teracun dengan tarbiyyah islam..
Biar orang tengok kita, mereka nampak Islam..
Mereka nakkan Islam..
Mungkin ini pandangan kerdil dari sisi kotak pemikiranku..
Entah mungkin sahabat ada pandangan lain..
Mungkin ada pandang sisi buta diriku yang tidakku sedari...
Dipersilakan untuk suarakan..


Saturday, September 29, 2012

Istikharahlah untuk dirimu

Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap saat kita perlu memilih.Cuma ia terpulang kepada kita mahu memilih yang baik atau sebaliknya. Kita ada pilihan samada melepaskan peluang yang ada atau mengambil peluang tersebut.

Biasanya ISTIKHARAH ia sinonim dengan remaja masa kini, ia selalu dikaitkan dengan hal-hal keCINTAan kepada manusia. Seharusnya kita perlu tahu dan faham istikharah tidak hanya tertumpu kepada soal-soal CINTA semata-mata. Istikharah sesuatu yang perlu dilakukan setiap hari bagi memastikan setiap langkah yang kita ambil adalah yang terbaik untuk diri kita dan paling penting diniatkan dalam merebut redhoNya... Allahurabbi alangkah indah kalau setiap saat kita begini.

Istikharahlah selalu.....
Soft reminder untuk diri yang mencatit ini. Tatkala dilema atau runsing dengan sesuatau hal atau tidak pasti dengan sesuatu perkara maka ambillah wudhuk, tenangkan hati, lapangkan dada dan pemikiran, pasangkan niat dan solatlah dua rakaat istikharah,, Jika dengan niat yang dipasangkan tadi dirasakan tenang mungkin petandanya baik, tetapi jika kita merasakan resah dan gelisah, mungkin ada kesilapan-kesilapan dengan percaturan yang kita lakukan. Yakinlah percaturan dari Allah adalah sebaiknya.


Wahai muda-mudi sekalian, kita perlu percaya bahawa bukanlah bererti sekiranya istikharah yang dilakukan itu tidak mengikut kehendak hati maka Allah tidak sayangkan kita malah tidak mendengar doa kita,, tetapi sebaliknya Allah ingin menitipkan satu pengajaran besar iaitu konsep redha, berlapang dada dan terima apa saja yang telah Allah aturkan untuk kita. Beriman dengan Qada' dan Qadar. Rukun iman yang keenam. Ia selalu meniti dibibir tetapi jarang sekali diaplikasikan hal tersebut.


Tidak perlu bersedih wahai hati jika apa yang diingini tidak kesampaian kerana kita sebagai umat yang beriman, kita mengaku dengan lisan, ikrar dengan hati dan membuktikan dengan amalan kita bahawa kita yakin dengan ILAH yakni Allah s.w.t.

Jika resah carilah Allah, jika kosong isikan dengan ayat cinta dariNya. Usah memfokuskan kesedihan itu berpanjangan, kerana Allah tahu apa yang terbaik untukmu. Sedih itu bagus, tetapi berpada, begitu juga dengan gembira. Berpada-padalah dengan segala sesuatu hal.

Teringat akan word dari Ustazah Sharifah Anom Omar pensyarah dari Uitm Samarahan, beliau adalah salah seorang pelajar syariah suatu masa dahulu. Beliau mengatakan semasa istikharah buanglah rasa "bias" atau dalam erti kala lain "kecenderungan" kepada mana-mana pihak kerana jika kita meletak kecenderungan kita terhadap satu pihak maka istikharah itu tidak sempurna.

Kemudian pastikan sebelum itu, pasangkan niat dengan matlamat yang jelas contohnya jika kita berdepan dengan masalah seperti ingin memilih antara dua berkenaan dengan kos yang bakal dipelajari " Ya Allah aku memohon petunjuk dariMu jika benar aku perlu meneruskan pelajaranku dalam perubatan maka engkau tenangkanlah hatiku jika tidak maka itulah sebaik-baik keputusan".


Justeru itu, saya mengajak sahabat yang dicintai dan insyAllah direhoi oleh Allah taala sama-sama lah kita melakukan istikharah yang meletakkan seratus peratus kebertawakkalan kita kepada Allah taala. Buang jauh-jauh perasaan cenderung pada mana-mana pihak yang hadir tatkala dirimu melakukan istikharah..

Salam sayang dari "hati ke hati" untuk "aku dan Dia"... <3 <3 <3


Sunday, September 16, 2012

Pengorbanan

Pengorbanan

Teringat saya akan satu kisah
Berkenaan sebuah keluarga
Keluarga yang boleh dikatakan
"Indah dan bahagia"
Pada zahirnya

Hakikatnya belum tentu
Siapa tahu isi dalamnya
Ia boleh diumpamakan buah yang masak ranum 
Pada sekilas pandangannya
Pabila dibelah isinya belum tentu
Membuahkan hasil yang menyelerakan

Begitulah warna-warni mencorak kehidupan..

Menarik ciptaan Allah
Setiap segala sesuatu yang mungkin dilihat sia-sia
Pasti akan ada kebaikannya juga
Jika tidak kepada kita 
Mungkin kepada orang lain 

Berbalik kepada kisah tadi
Terdirinya keluarga tersebut lengkap
Ibu, ayah dan anak-anak

Ketika mana ayahnya keluar mencari sesuap nasi 
Di bentangan lautan
Untuk menyara hidup seisi keluarga
Ibu berperanan, mengambil alih tugas
Sebagai ketua keluarga

Berat..
Tetapi tidak dapat tidak
Harus dipikul dan digalas
Bagi kepentingan anak-anak

Pada waktu sebeginilah 
Ibu mulai tidak berlaku jujur

Persoalannya bagaimana?

Pabila ditanyakan
Sudah makankan wahai ibuku?
Jawabnya sudah

Penatkah wahai ibuku?
Jawabnya tidak anakku

Ada masalahkah wahai ibuku?
Ibu hanya mampu tersenyum
Disertai kerut-kerut dahi yang menggaris
Menunjukkan tuanya usia ibunku

Begitulah PENGORBANAN
Seorang wanita
Yang digelar IBU

Tidak pernah lelah memberi cahaya 
Seperti matahari menyebarkan terangnya ke bumi

Dan bilamana anaknya berjaya
Dialah orang pertama yang melakukan sujud syukur
Dialah orang berbangga
Dialah orang yang paling gembira

Tak tergambar cahaya kegembiraannya
Bersinar memancar dari sudut matanya
Tersimpan di lubuk hati
Tidak siapa sedari

Itulah IBU..

Rindunya kepada kita tiada penghujung
Satu ikatan rindu yang tiada galang gantinya

Carilah di mana-mana sekalipun 
Harga kasih sayang seorang ibu tidak ternilai harganya

Tali pusat
Rantaian yang dulunya dibuang
Tetapi sebenarnya ada maksud tersirat padanya
Parut yang konneksi antara ibu dan anak
kekal abadi sehingga mati

 Tanpa kita sedari

Di waktu kita senang 
Kita mungkin lupa pada nya
Di waktu kita bergembira
Mungkin dia berduka

Tiada siapa mahu ambil tahu 
Dan ambil kisah tentangnya
Kerana dia adalah seorang tua yang 
Hanya menunggu ajalnya dijemput

Tapi sedarkah kisah
Tanpa dia tiadalah kita
Siapalah kita tanpa tarbiyyahnya
Kemanakah hala tuju kita tanpa dipandunya

Itulah jiwa seorang ibu
Lembut pada mata kasarnya
Tetapi cekal dalamannya

Lemah bukan bererti lemah azalinya
Tetapi lemah dalam mengumpul kekuatan

Ibu,,
Semoga dirimu sentiasa dilapangkan dadamu
Maafkan daku jika terkasar bahasa
Moga dengan doaku yang mengiringimu
Menjadi kekuatan buatmu

Dari insan bernama anak..


Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).


Tuesday, July 24, 2012

Makhluk Allah yang dinanti


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji-pujian bagi Allah Azza wa Jalla
Aku menanti-nanti akan kehadiranmu wahai makhluk Allah
Aku menunggu-nunggu saat untuk bersamamu wahai makhluk Allah
Aku berdoa agar aku selalu bersamamu untuk sepanjang tahun
Tetapi ia tidak mungkin
Kerna masa dan waktu yang diperuntukkan untuk kita bersama
Hanya sedetik. Ibarat kata bagai ribut yang berlalu pergi
Pantas,tangkas dan cepat ku rasakan
Tanpa kusedar waktu bersamamu wahai makhluk Allah sudah sampai ke penghujungnya
Bila lagi mahu kita ketemu?
Bila lagi?

Aku cuba dan mencuba berusaha dan berazam
Mahu aku untuk kembali berkhalwat denganmu sepuas-puasnya
Menadah tangan dengan takungan air mata penuh keinsafan
Penuh kesyahduan
Aku ingin menitipkan kepadamu wahai makhluk Allah
Aku terlalu ingin sentiasa bersamamu
Aku rindu padamu yang teramat

Engkaulah wahai makhluk...
Engkaulah bulan yang melimpah barokahNya
Engkaulah bulan yang dipenuhi dengan rahmatNya
Engkaulah bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua
Yakni RAMADHAN AL-MUBARAK


*I’m wishing all of you Ramadhan Kareem for those that Muslims, give our high commitment in this month because if we didn’t use it full as the best month that we ever had, and we didn’t get forgiveness from our Creator (Allah Azza wa Jalla) in this month they belong among the losers*

So, InsyAllah we try our best in getting the best that we never had, Don’t waste the time given to us just it was like nothing.

Remember in chapter  41 (Fusshilat: Explained in detail) versus 30


“In the case of those who say, "Our Lord is Allah., and, further, stand straight and steadfast, the angels descend on them (from time to time): "Fear ye not!" (they suggest), "Nor grieve! but receive the Glad Tidings of the Garden (of Bliss), the which ye were promised!”

Translate


“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”




Friday, July 13, 2012

What u give is the best for me..



Dengan nama Allah,, Alhamdulillah masih diberi kesempatan sekali lagi untuk mencoretkan pengalaman yang dilalui buat beberapa hari ni.. 

PENGALAMAN atau dengan kata lain  EXPERIENCE

Something that can make you be more matured in doing things..

“Hebatlah dia kan”, bisanya kita mengungkapkan words ini once kte melihat seseorang yang itu berjaya dengan jayanya.. Yup,, tetapi ketahuilah di sebalik kejayaannya ada tersirat 1001 pengalaman yang pernah dilaluinya dan ditempuhi..

Sering kali bila melihat seseorang yang tinggi ilmu agamanya kita meletakkan thiqah yang tinggi.. Kerana tanpa ilmu tak ke mana diri kita ni,, Kalau x de duit x pe, tapi jangan x de ilmu,, It’s something will going wrong without knowledge.

Justeru itu,, marilah sama-sama kita mengutip ilmu-ilmu di sepanjang perjalanan hidup kita,. ILMU bukanlah semuanya dari buku semata,, tetapi ilmu ni boleh didapati dengan pelbagai cara.. Tak kisah lah melalui kita mendengar, merasainya dan pelbagailah.. asalkan kita dapat something new in our life..

Dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud “ Allah mengangkat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat”

Sekalipun jin ifrit tidak akan dapat  mengatasi manusia yang memiliki ilmu. Pada zaman Nabi Sulaiman, beliau mengarahkan tenteranya membawa singgahsana permaisuri Balqis ke hadapanya. Jin ifrit berjanji akan membawanya sebelum Nabi Sulaiman bangun dari tempat duduknya. Kemampuan jin ifrit ini dapat ditandingi oleh seorang lelaki yang tinggi ilmunya, yang mampu mendatangkan singgahsana itu dengan sekelip mata.
Hebat ILMU yang ada pada Nabi Sulaiman…

Ok,, berbalik kepada “what YOU give is the best for me”.. or can best be replace with ALHMDULILLAH.. teringat bila bersembang dengan seorang sahabat beberapa malam yang lepas,,
tiba-tiba dapat lintasan dr Allah taala,,
maka jari-jemariku laju menaip kata-kata ini pada keypad keyboardku,,
sehinggalah terukil..
setiap apa yang Allah titipkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita TEPAT pada

waktunya,

ketikanya

dannnnn

keadaanya..

MasyaAllah,, hebat sungguh kejadian Allah,, Allah tak akan timpakan ujian ke atas makhluknya dengan sia-sia.. Kutiplah seberapa banyak hikmah dari setiap perkara yang kita lalui.. InsyAllah..

Yup,, so far for me.. it was a meaningful words.. Sebab Allah tak kan meletakkan sesuatu amanah ke atas seseorang jika kita tidak mampu,,

Jadi,, PERCAYALAH,,, jika anda sekarang sedang bersedih,gembira dan merasai apa saja nikmat dari Allah sebenarnya DIA tahu itulah yang terBAIK buat kita buat WAKTU,KETIKA dan KEADAAN tersebut..
Chaiyokk.. \('-')/

hehe words yg saya selalu guna untuk diri saya,, (ayat untuk naikkan semangat).,

Sambil-sambil tue buat kat depan cermin dalam keadaan semangat.. Em,, mungkin sahabat2 pernah nampak orang buat macam ni.. Saya aplikasi benda ni dari seorang motivator yang saya jadikan idola saya iaitu kak MASTURA MANSOR..

She was my senior at Perak Matriculation College.. She have a SPIRIT that if you be near with her we can feel the aura,, She can attract your passion in doing right thing,, Tetapi puji-puji jgak,, Yang penting kita lihat balik kepada PENCIPTA kita… Allah lah yang mencipta kita sebagai sebaik2 makhluk.. Jadi usahakan yang terbaik untuk itu..

Hem,, saya pulak terasa semangat.. Oklah setakat ini dulu untuk perkongsian dari diri yang kerdil dan dhoif ini,, Salam sayang, salam ukhuwwah untuk semua.. =)

Tuesday, July 3, 2012

Everything needs GOALS!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Sesuai dengan pembukaan, segala puji-pujian kepada Allah taala yang memberikan diri ini peluang masa dan idea untuk melorekkan kata-kata peringatan di sini.. InsyAllah cuba untuk dikongsi bersama..



Alhmdulillah,, masih lagi bernafas seperti biasa,, Namun ibadahnya adakah masih perlu biasa-biasa jua? Huuhh,, terpanah hati dengan kata-kata sendiri.. Sebagai anak,pelajar dan jua pemimpin atau dalam erti kata lainnya daie.. Kita cuba untuk menyediakan masa yang cukup untuk segala aktiviti yang ingin kita lakukan.. Memang susah.. Setiap perkara ada saja halanagannya,, Tambah2 bilamana kita terikat dengan orang tua.. Bagi muslimat terutamanya, kalau dah berada di rumah,, mmg menjadi satu cabaran dalam mencuba dan terus mencuba untuk mengambil hati orang tua kita,, Dan pada masa yang sama ingin saja sekali-sekala merasakan untuk menjengah pandangan kita ke luar rumah.. (Anda mungkin memahami maksud saya).. =)

Sebagaimana maklum, tanggungjawab melebihi masa yang kita ada dalam seharian,, Jadi HARGAIlah,APPRECIATElah.,, Sementara masa masih ada.. Jika apa yang terlintas di fikiran KITA, perkara yang baik dan boleh dilaksanakan dengan segera.. Segerakanlah..

Tetapi perlu juga beringat-ingat,, Bahawa dalam kte nak mengecapi banyak benda,, diperlukan strategi dalam mencapainya.. Letakkan spesifik GOAL, kemudian target pencapaian kita.. Jika tidak dapat achhieve lagi perkara tersebut,, masukkan dalam buku nota kecil.. dan tulis besar2.. Harapan untuk kukecapi tahun depan.. Hee.. Xdelah gurau je.. (=,=) OK2,, be serius.. Masukkan dalam buku nota kecil dan spesifikkan kenapa  kita tak dapat capai perkara tersebut... Hem,,, mesti bnyk perkara yang mengganggu diri..
Bukan senang nak dapatkan sesuatu yang kita nak,, Tambah2 dalam memperjuangkan sesuatu.. Apa yang penting adalah komitmen (itqan), dan pengorbanan (tadhiyyah)..



Tiada yang lebih penting selain komitmen dan pengorbanan dan perlu jua disuburkan dengan titipan DOA.. Doa adalah senjata orang mukmin... Senjata yang macam mana tue?? Sampai dapat membunuh kah??? Persoalan demi persoalan...



Doa adalah jalan keselamatan, tangga pengantar, sesuatu yang dituntut oleh orang-orang yang berpengetahuan, kendaraan orang-orang soleh, tempat berlindung bagi kaum yang terzalimi dan tertindas, melalui doa nikmat diturunkan dan melaluinya pula murka dihindarkan.

Alangkah besar kebutuhan para hamba Allah dengan berdoa, seorang muslim tidak akan pernah boleh terlepas dari keperluan berdoa dalam setiap situasi dan kondisinya.

Doa adalah ubat yang paling mujarab, ia ibarat MUSUH bagi PENYAKIT, ia sentiasa melawan, menghilangkan atau meringankannya.

Begitulah kedudukan doa...

Oleh,, itu mulai sekarang cuba kita pasakkan di dalam lubuk sanubari kita,, Apa yang kita nak buat,, Cuba untuk tahu tujuan dulu, kemuadian create a GOAL dan give ur commitment and sacrifice on it.. Tidak ketinggalan jua,, rujuk dulu kepada orang-orang yang berpengalaman jgak.. OK,, sekian untuk hari ini..

Peringatan kencang buat diriku., Moga diriku bukanlah seperti lalang,, Tumbuhkanlah dari jiwamu satu prinsip yang tiada sapa boleh menyelarnya.. Peganglah dengan prinsip anda sebagai seorang serikandi ISLAM.. Jangan pernah goyah...

If ALLAH willing.. <3 <3 <3...

Ameen..

Sunday, July 1, 2012

Setelah sekian lama..

Bismillahirrahmanirrahim..

Agak lama juga saya tak mencurahkan idea di dalam blog ni..
Hem,,, entah kenapa tiba2 hari ni terasa nak update status blog.. Ada sesuatu yang nak dikongsikan bersama, nak cakap terkenal memang tak lah, tetapi just perkongsian apa yang dirasai setelah sekian lama tak berkarya..  cewahhh..poyo je..

"Esok a.su pegi temankan kak long belikan handbag ye", kata Ummie.. huhu,,
Hati terasa hepyy entah knapa.. Biasalah dah lah lama tak bertandang kat umah., tiba-tiba bila dah sampai rumah, ummie plak layan anak sulungnya seperti PUTERI..

Dalam HATI... \(*0*)/ yesss!!

Mungkin ummie teringat kat arwah adikku kot,, Angah,, Al-fatihah untuk si pemilik nama Wan Afifah Hanun Wan Mustafa Kamal.. Dalam keluargaku hanya ada 3 orang adik lelaki dan 3 perempuan termasuklah diriku.. Tetapi saya diberi peluang untuk merasai amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang KAKAK SULUNG.. Tiada ungkapan selayaknya selain :

A.L.H.M.D.U.L.L.A.H.. =)

Hem,, berbalik kepada cerita tadi,,, kemudian ummie meminta saya untuk gorengkan ikan kerisi.. Humm,, bestnyer,, Tapi sayang hari ini saya puasa,, Dalam hati <3,, Syukran ummie mcm tau2 je yang saya minat makan ikan kerisi.. tambah2 yang bergoreng... xpe kejap lagi saya makan time berbuka,, Yeaaa!!..

Kemudian saya biasalah sambil2 goreng ikan, tangan sebelah lagi membuka tudung periuk di sebelah kanan,, Wahhh!! Ayam pedas,, bestnyer,,, lama dah kempunan makanan masakan ummie.. Lagilah meleleh air liur nie.. Ummie pon jawab "tengiklah sapa yang masak,, ummie sapa??" heheee,, saya hanya mampu tersenyum..

Biasalah bila si ibu dan si anak dara duduk sekali di dapur, mulalah banyak cerita yang dikongsi bersama,, ANTARANYA,,, cuba teka apkah topik perbualan kami?? cepat teka,, Ok, saya bagi 3 saat je teka..

1....

2...

3...

Ok,, dah tamat... Cepat.. sapa bleh jawab... Hurm.. topik yang digemari oleh anak2 muda sekarang..

Sudah tentu topik tentang KAWIN,... hehee..
Asalnya nak lari topik tapi dah ummie yang masuk dulu.. Em,, apakan daya,, Meraikan jew..

Ummie : "Ummie suka gabungan warna putih dan merah,,, tak nak bunga2 yang crowded sangat,, just simple but ellegant.."Dalam hatiku : Hai ummie,, jauhnya ummie impikan... hemm.. doa2kan jelah biar cepat jodoh anak daramu ini ye.. Masalahnya ummi dah green light tapi calonnya x tentu lagi sapa.. hee xpe,,Sabar itu sebahagian daripada iman.. Yup btol..

Bak kata upin&ipin : Betol3x...

Tetapi ingatlah Allah jadikan setiap daripada kita berpasang-pasangan,, Jadi letakkanlah segala pergantungan kepadaNya yup.. insyAllah...

Em,,ntahlah apa yang dikongsikan sangat.. Just luahan je kot.. hehe.. Ap2 pon smoga dapat yang terbaik untuk dirimu dan juga semua sahabat2 di luar.. ku doakn.. I'Allah...

Dan yakinlah dengan kalamullah,, Dari surah An-nur ayat yang ke 26 , di mana Allah berfirman :

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk wanita yang keji (pula), dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelakiyang baik adalah untuk wanita yang baik (pula),.



Wednesday, February 1, 2012

Intetion must right

Di sininya bermula,,,



Alhmdulillahirabbil alamin, wa syukrulillah diizinkan oleh Allah taala untuk berkongsi idea-idea dan ilham-ilham kurniaan dari Allah taala sendiri, diri ini hanya berusaha untuk membuahkan pembaca-pembaca yang insyAllah disayangi Allah taala dan Rasulullah untuk menambahkan lagi rasa MAHU untuk tahu, bukan semata TAHU apa yang disampaikan dan tidak disampaikan. InsyAllah, moga apa yang bakal disampaikan dan dikongsikan mendapat barokah dariNya,.

Apa yang penting?? biarlah apa yang kita lakukan kita mulakan dengan niat yang bersih,ikhlas,tulus dan suci bak kata pepatah seperti semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di kala waktu malam yang gelap zhulumat (gelita). Begitulah indahnya kuasa IKHLAS jika betul penerapannya.