Wednesday, October 23, 2013

Bila semua berkempen

Bismillah.

Bila semua berkempen
Kempen dengan hasrat mahu membawa perubahan
Dengan membawa matlamat tersendiri
Bawalah dengan "amanah"
Bukan dengan rasa semata gagah

Bukan hanya di mulut nampak berombak
Bukan hanya di hati tampak berapi
Bahkan biar apa yang dikata
Diturutkan kerja

Berpagi-pagi dengan kempen
Subuh,zohor, asar,mgrib dan isya' entah ke mana
Banyakkan menung di tepi kali
Lihat dunia dengan mata hati
Bukan dengan sekadar berhati-hati

Susah hidup berkelana
Hanya kerana redha Ilahi
Susah hidup jangan dibiar merana
Hanya kerana lisan insani

P/s : Buat warga Unimas, turunlah mengundi. Kecil tampaknya. Besar harganya. Kerana dengan satu undi.







Saturday, July 27, 2013

Jangan berhenti berharap. Harap hanya padaNya.

Bismillahirrahmanirrahim.

Merebut dan mencari malam seribu bulan

Keberkatan yang selalu didambakan,
Kuakui susah untuk digapai,

Allah,
Engkau tahu setiap detikan hati-hati kami,
Angkatlah keresahan hati ini,
Jauhkan dari segala rasa yang kurang senang,

Teguhkan sekeping hati ini,
Kerana sekeping hati inilah,
Kekuatan jiwa,


Allah,
Damaikan hati ini di saat gelisah,
Ingatkan hati ini di saat rasa tinggi hebat,
Bertasbih mengingat laju padaNya,
Kerapkan lidah ini dengan istighfar padaNya,

Kerna diri ini,
Banyak khilaf,
Banyak kekurangan,

Lailatul Qadr,
Bakal menjelma,
Adakah kita masih lagi di takuk yang sama,
Tidak mengertikah diri,
Allah beri ruang dan peluang,
Manfaatkan sebaiknya,

Semoga di hati-hati ini sentiasa terpahat,
Untuk mencari RedhoNya,
Tidak lain selainNya,
Biar pahit dalam kebenaran,
Daripada manis dalam khayalan,

Ayuh sedar dari lamunan,
Riaskan saat dengan doa,
Jangan pernah berhenti meminta dan mengharap,
Di setiap masa,
Di setiap ruang yang ada,
Di setiap masa mengingat,
Doa selalu,

Selamat menghidupkan malam dengan beribadah dan bermuhasabah.
Kepada buat semua rakan sepelajaran, seperjuangan.
Moga dithabatkan hati kecil yang mendambakan Redho Ilahi.
Ya Allah Ya Ilahi makbulkan doa-doa kami.
Perjuangan mereka di luar sana tiada henti. Kita juga sewajarnya begitu.
Cuba untuk pertahankan dan bersama-sama menguat antara satu sama lain.
Bukan melemahkan dan menjatuhkan. Doakan juga saudara kita, saudara seIslam kita.

| Mesir | Syria | Palestin | India | Pakistan | Dan semua muslim di seluruh dunia |

Sunday, June 30, 2013

Andai HATI itu bisa diterjemah dan ditafsirkan

Bismillahirrahmanirrahim..


Andai Hati itu bisa diterjemah dan ditafsirkan



Hati itu tempat yang paling berharga tatkala mata tidak bisa melihat, telinga pula tidak bisa mendengar. Kerana hati ini, diri kita yang sebenar. Tersimpan dalam-dalam di sudut dada.




Andai ia bisa diterjemah,
Sudah lama kali segala sesuatu yang terpendam
Kita bisa lihat
Tiada sekelumit rahsia
Tiada bentengan sempadan

Itulah sebabnya kali ia tersingkap dalam-dalam
Tanpa satu makhluk pun yang ketahui
Kecuali Dia

Mungkin kali
Ia untuk menjaga kita
Dari segala rasa yang merebak

Rasa itu bak barah
Yang pada mulanya merupakan sel lebihan yang aktif
Tetapi menular menjadi sang pengganas
Merobek jiwa-jiwa yang kesepian
Yang terluka pedih


Tapi rasa itu ada penawarnya
Di dalam singkapan ayat-ayat cinta dari Pencipta
Banyak memujuk diri
Agar sabar dan terus sabar
Dengan segala Mehnah dan Ujian

"La Tahzan Inna Allaha Ma'ana"

YAKIN !!
Ada pelangi disebalik gerimis
Ada ikan di sebalik air deras
Ada cahaya di sebalik jalan gelap

Sabar dengan kronologi kehidupan yang disediakan

Mungkin dengan ujian hari ini, kita tersungkur jatuh
Kerana esok mngkin ujiannya membuatkan kita jatuh tersungkur kembali,
Tetapi mungkin esoknya,
 Jatuh kita,
Bisa bagun kembali,
Berdiri dan tersenyum puas.

Waallahualam


Wednesday, May 29, 2013

Redho bukanlah putus asa

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama kiranya diri ini tidak mencoretkan kata di laman blog ini, bersarang kali mungkin. Tapi mungkin ini sedikit titipan setelah lama benar tidak ber'nukilan'.

Lagi 40 hari road to Ramadhan. Tanya diri kita sudah khatamkah Quran yang dbaca selama setahun, puasa yang lepas sudah digantikan ke belum. Dan banyak lagi.

Hidup ini kita tidak boleh berfikir hanya untuk diri kita. Jangan penting diri. Tetapi kita berhak dalam memberikan apa kata putus bagi menjaminkan masa depan kita. Andai ada rasa 'ragu', teruskan memohon pada Allah beri petunjuk.

Memberi harapan sebenar bukan 'palsu'.

Harapan yang perlu diselarikan dengan tawakal.

Jika kita kenali manusia dengan lebih dekat, setiap manusia punya harapan. Benar, lumrah perasaan, jika kita menginginkan sesuatu pasti kita mahu merapatinya lebih. Seperti kita jua dengan Pencipta Maha Agung, tika berkehendak kita merapatinya.

Cuma, manusia kadang kala kita tidak dapat menjangkakan 'apa' tersemat di hatinya, 'apa' kehendak hatinya. Tapi Allah tahu segala isi hati hambaNya. Menyoroklah di mana-mana pun, tetap jua tiada tersembunyi di pandangan Allah.

Subhanallah !! Cantik kan  ciptaanNya.

Sehingga kita tidak terduga. Allahurabbi. Betapa kerdilnya kita.


I have a DREAM!!



Setiap manusia pengenkan impiannya tercapai.

Teringat pula lagu yang didendangkan oleh Weslife suatu ketika dulu. I HAVE A DREAM. Every person have their own dream.Their own desire. But all this need to binding with EFFORT, DU'A, and the most important thing for me, the POWER of IKHLAS.

Signaficant thing. Common. kan3x??

Herm, Its hard to say that we IKHLAS. Ask ourself, are we really Ikhlas??

Have a look a this , In hadith stated that Ikhlas can be define through out 3 ways :

First
Always do good and hardly in practice, either in itself or together with a lot of people, well there praise or censure. Ali ibn Abi Talib r.a. said, "People who have seen of some features, lazy if alone and diligent if in future a lot of people. The more passionate in the work if praised and decreases if reprimanded. "

Second
Protected from all the forbidden, both in human joint or away from them.

Lastly 
We can see that a sincere die would be pleased if goodness realized at the hands of his brother die, as he also was pleased if done by hand.

Jadi kombinasi antara buat secara bersungguh-sungguh kemudian halal haram dalam kehidupannya terjaga dan juga ia merasakan senang andai sesuatu perkara itu dilaksanakan oleh dirinya sendiri merupakan pokok utama.

Bukan senang dalam mencipta keikhlasan yang tulus.

Ikhlas itu jelas terpancar apabila ia amalan yang dilakukan bukan kerana 'siapa-siapa'. Dan mereka jua tidak kisah ia dipandang manusia atau tidak. Ketika itu ikhlas mula menjalar dalam jiwa insan.


It's really comlicated in decribing the wors 'ikhlas'. For sure.In achieving 'redho' many things we have to went through it.

Analoginya boelh dikatakan ada seuntas jam yang sudah lama diiginkan untuk dimilikinya, dan pada masa itu dia benar-benar mendapatkan jam tersebut. Sudah berada di tangannya. Tetapi pada masa itu, ada lagi yang berkehendak kepada jam tersebut. Kita mungkin berikan kepada yang lebih berhak atau cuba mencari ikhtiar untuk berikan yang lain kepada orang tersebut atau mungkin jua  terus berikan kepada orang yang berkehendak dan kita cuba mencari yang lain.Mungkin.

Kenapa jam?? Sebab jam ni dikaitkan dengan masa, jangan pernah main-main dengan masa. Gunakan sebaiknya. Peringatan buat diri.

Ouhh..It is difficult..

Semuanyanya bergantung pada diri kita. Redho. Redho bukanlah bermaksud kita melepaskan sesuatu dengan begitu saja, tetapi ia merupakan ikhtiar kita setelah pelbagai usaha dilakukan. Jika melepaskan begitu saja itu adalah 'putus asa'. Islam melarang ummatnya berputus asa.

Berdoalah selalu :')

Redho bukanlah bermakna tiada 'tangisan' tetapi ia adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap qada dan qadarNya.

So from Redho we are strong enought to go to next step called 'tawakal'.
Jom sama-sama renungkan.

So have a nice reading for my write =)

Sunday, April 7, 2013

Mencari ketenangan di tengah kesibukan

Bismillahirrahmanirrahim..


Jika kesunyian tak mampu menghadirkan ketenangan,
Jika sujud dan ruku' tak lagi mendatangkan ketenteraman dan kesejukan jiwa,
Ada yang perlu kita lihat kembali diri kita,

Kita perlu mengambil jarak dan melakukan hentian sejenak,
Dari kesibukan-kesibukan yang terus memacu kita untuk terus berlari,
Kita perlu mencari kejernihan di trngah hiruk-pikuk kehidupan
Mahupun mimpi-mimpi kita,



Jika bertambahnya rezeki tidak mendatangkan kebahagiaan,
Kesenangan dan kekhusyukan ,
Ada yang perlu kita periksa sejenak,
Atas sedeqah atau ibadah kita,
Ada yang perlu kita cermati dengan jernih,
Barangkali ada salah niat yang terselit,


Atas kelimpahan harta tidak menambah keteduhan hati,
Ada yang perlu kita renungi,
Tentang diri sendiri,
Tentang tetangga kita,
Tentang doa-doa kita dan berbagai lagi yang berkaitan hungungan kita dengan Allah taala,

~Hablu minna Allah , Habllu minna nas~


Ambillah jarak, luangkan waktu, dan hentikan sejenak,
Semoga kita menemukan ketenangan di tengah kesibukan,

Sebaiknya bangunlah sepertiga malam,
Di situ berhentilah sejenak,
Muhasabah diri,
Agar taubat menjadi kepilan diri,

Sunday, March 31, 2013

TURNING POINT!!


Bismillahirrahmanirrahim..



Selesai ber"keluarga" bernaqibahkan seorang kakak yang insyAllah istimewa di mataku dan insyAllah di mataNya….

ALHAMDULILLAH!!

Pernah dengar tak yang ada orang kata praktikal sebenar sesebuah USRAH adalah bermula apabila dibacakan al-asr dan tasbih kaafarah dan diakhiri dengan Al-fatihah..

Sebenarnya itulah hakikat PRAKTIKAL dunia realiti. Ketika usrah sedang berjalan, semua orang yang berada di dalam kelompok itu boleh berkata-kata hebat, berkata itulah,inilah dan sebagainya. Tetapi untuk menguji segala apa yang diperkatakan.

Ketika mana waktu praktikal. BETUL X??  Bermula dari habis usrah sehingga kembalilah kepada usrah kembali. Itulah diri kita sebenarnya. Macam mana mengolah ilmu yang dipelajari sepanjang bergelar hamba, adakah makin mendekat kepadaNya atau kufur dengan nikmat ILMU pemberianNya, sehingga membiarkan otak penat mempelajarinya tanpa diaplikasikan…

Nauzubillahi min zalik… HERM.. (renung2kan)

Usrah today share about the TURNING POINT..

Macam pernah dengar kan?? (^-,^)
Baguslah.. ANDA terbaik..(Y) dalam Matematik dulu ada sebut tentang turning point. Nasib baik dapat A in this subject. Turning point ini adalah titik kemuncak. Titik yang berada pada state yang kritikal.Di mana ia akan berpatah balik kepada state yang asal. OK!! We're back to the our topic.

Dalam kehidupan kita , cuba kita ingat kembali, 7 tahun dulu siapakah kita dan apakah impian kita, untuk waktu sekarang dan juga 7 tahun akan mendatang.. Bagaimanakah kita hendak mencorakkannya. Alhmdulillah perkongsian kisah dari sahabat-sahabat. Ada yang dari “zero” tentang Islam sekarang dah boleh kata “hero” dalam bab Islam. AWESOME kan (^_^).. Alhamdulillah..

Dan untuk 7 tahun terkehadapan kita yang bakal mencorakkan siapakah kita. Sama-sama fikirkan dan bertindak… InsyAllah….


Hadis Nabi Muhammad S.A.W mafhumnya :

“Katakanlah aku beriman kepada Allah, maka istiqamahkanlah “

Begitulah lumrah diri,
Kita bukanlah hidup untuk mati
Tetapi kita mati untuk hidup yang seterusnya.
Rencanakan keperluan hari esok kita di sana.

Dan perkara yang paling tersentuh apabila naqibah katakan :

“Setiap kali kita berdoa , doakan Ya Allah pilihkan daku yang terbaik dalam segenap sesuatu yang aku lakukan”

Biar Allah yang pilihkan untuk kita, pasti bahagia pengakhirannya. Biar kecewa permulaannya, tetapi bahagia di akhirnya.

InsyAllah semoga bermanfaat.

Wallahualam.





Friday, March 29, 2013

Perjuangan

Bismillahirrahmanirrahim..

Perjuangan
Setiap orang mendefinisikannya dalam pelbagai erti
Kerana setiap dari kita pasti punya misi dan visi tersendiri

Definisinya tidak terbatas
Skopnya berbeza-beza
Meluas

Contohnya dapat dilihat sebagai seorang

Anak
  .
Pelajar
  .
Hamba Allah
  .
Suami @ Isteri
  .
Bapa @ Ibu
  .
Pekerja
  .
Majikan

Dan banyak lagi,pokok pangkalnya
Semuanya memerlukan pengorbanan

Hanya sempat mendengar penceritaan kembali dari sahabat
Yang mengongsikan kisahnya
Yang segenap jiwanya
Jatuh hati dalam memperjuangkan Perjuangan Rasulullah

Seorang isteri
Ibu kepada 6 orang anak
Dan jua nenek kepada beberapa orang cucu-cucunya

Beliau mesra dibahasakan "mak cik Sarah"
Susuk tubuhnya bertenaga
Bersemangat bicaranya
Tapi bukan angkuh
Merendah hatinya
Meletakkan Allah segala-galanya

Persoalan ringkas dari kami
Macam mana ustazah menguruskan masa ustazah
Di kala begitu sibuk
anak-anak
dengan keluarga
gerak kerja dakwah
dan komitmen lain

Jawabnya ringkas
"Laksanakan segala suruhan Allah
Tinggalkan yang Mungkar"

Itu saja
tersurat . tersirat . mendalam . penuh pengertian

Bagaimanakah?

Sepertinya kita jua selalu menyatakan perkara sedemikian rupa
Tapi cakap beliau bukan sekadar cakap
Diolah cakapnya dalam erti kata kelakuan

"Ya lah, anak-anak ., Bila kita sebagai isteri tidak dapat tidak sempurnakan tanggungjawab kita di rumah, kemudian barulah di luar rumah, Alhamdulillah suami mak cik redho dengan jalan yang mak cik pilih, malah menyokong dan kadang-kadang turut bersama turun padang bersama-sama"

Pada mata kasar kami bila bertentang mata
Dengan anak-anaknya
MASYAALLAH
Hebat seperti ibunya
Cucunya sedari kecil dipupuk solat berjemaah di masjid
Comel dan soleh tampaknya
Anaknya jua saling tidak tumpah seperti ibunya

Peri pentingnya perjuanagan memerlukan pengorbanan
Andai hatinya tidak terikat dan cinta pada Rasulullah
Adakah beliau mahu bersama-sama menegakkan Islam?

Ya Allah...
Kuatkah aku mahu sepertinya?
Mampukah aku mahu sepertinya?

Maaf kupohon andai dengan apa yang diperjuangkan
Nampak leceh di mata pandangan manusia
Tapi hati ini ingin benar
Mendapat syafaat dari Rasulullah
Mahu melihat generasi Al-Quran
Yang insyAllah mantap sisipan ilmu di dada
Tinggi menjulang matlamatnya
Andai tidak dimulai dari sekarang
Bila lagi?

"Inikalilah" penangan dari Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR #KL112

I.N.S.Y.A.L.L.A.H

Andai bukan kita siapa lagi,
Andai bukan sekarang bila lagi,
Tanyalah hati kita,
Kefahaman sudah ada,
Carilah perjuangan yang menepati,

Dilihat enteng,
Tetapi ini saham kita di sana nanti,
Yang PASTI dariNya....






Tuesday, January 22, 2013

Engagement

Copyright word dari myilham.com

Bismillahirrahmanirrahim...



    Bertunang adalah salah satu proses yang wujud dalam syariat Islam. Hukumnya adalah sunat. Ia terjadi apabila hasrat seorang lelaki untuk menjadikan seorang wanita sebagai isterinya disambut oleh wanita tersebut ataupun walinya. Maka, apabila sah menjadi tunangan, wanita tersebut tidak boleh lagi dipinang oleh orang lain.

    Mungkin asas tersebut sudah ramai yang tahu.

    Cuma ramai orang terlepas pandang tentang apa yang berlaku seusai proses pertunangan tersebut. Kita tahu, jika seorang lelaki hendak melamar, dia diharuskan untuk tengok wanita yang hendak dilamarnya. Apabila wanita tersebut sudah bergelar tunangannya pula, dia boleh berkenalan dengan wanita tersebut beserta keluarganya. Itu antara hikmah pertunangan ; sebagai proses menuju perkahwinan yang sejahtera.

    Bab perkenalan itulah ramai orang terlepas pandang. Mungkin sebab tidak dititkberatkan. Maka banyak jugalah berlaku kerosakan pemuda dan pemudi Islam yang berada dalam fatrah pertunangan kononnya atas nama ‘berkenalan’.

    Jadi saya cuba tuliskan sedikit guideline atau panduan untuk perhubungan sewaktu tempoh pertunangan. Harapnya, ia mampu menarik mana-mana yang telah terlanjur ke depan dan mampu menyuntik keberanian kepada mana-mana yang masih tidak tahu cara berhubungan.


    Ok,kita mulakan.

    Pertama : Nothing Change

    Apa maksudnya? Maksudnya, apabila anda dan dia bertunang, tidak ada apa-apa yang berubah. Baik dari segi siapa dia, cara bercakap dengan dia, cara memandang dia dan sebagainya. Dia tetap lelaki ajnabi dan dia tetap perempuan ajnabi. Maka layanan anda kepadanya juga mesti sebagai ajnabi. Macam anda berkomunikasi dengan pakcik teksi, abang jual top-up kat kedai dan tukang kebun di sekolah. Apa yang berbeza cuma anda dan dia ada janji untuk berkahwin, itu sahaja.

    Kedua : Pemfokusan

    Apa hikmah anda sebagai wanita haram dipinang lagi selepas anda menerima pinangan seorang lelaki? Antara hikmahnya, Islam mahu mendidik anda supaya fokus. Buat satu-satu biar selesai satu-satu. Bertunang bukan sekadar soal ‘reserve’ semata-mata. Ia soal penyatupaduan usaha untuk menjayakan sebuah akad nikah. Mahu merealisasikan itu bukan senang, perlu kepada pemfokusan gerak kerja. Jadi, untuk berhubung antara satu sama lain, janganlah lari fokus. Soalan-soalan seperti tadi datang program tak? saya tak nampak awak pun atau awak dah makan ke? makan apa? itu semua agak jauh dari titik fokus yang sebenar.

    Ketiga : Manusiawi

    Apa yang saya maksudkan di sini adalah layanan kepada satu sama lain ketika berhubungan mestilah seperti melayan manusia, bukan robot. Banyak terjadi, apabila satu pihak ‘terlalu menjaga’ maka dia menjadi robot dan bukan lagi manusia. Mana ada manusia suka berkomunikasi dengan robot, apatah lagi yang berlakon sebagai robot itu adalah tunangannya. Jadi jangan jadi robot, jadilah manusia. Caranya mudah, anda sebagai wanita contohnya, ketika anda pergi kedai top-up dan meminta brader kedai tersebut memasukkan top-up ke dalam telefon bimbit anda, adakah anda berinteraksi dengan brader itu sebagai manusia atau robot?

    Anda akan berinteraksi sebagaimana manusia biasa, bukan? Kalau perlu senyum, anda senyum. Kalau perlu jawab apa brader tu tanya, anda jawab. Kalau perlu bertanya, anda bertanya. Tapi adakah perlu untuk anda berbalas jelingan mata dengan brader tersebut? Tak perlu. Adakah perlu anda duduk melayan brader tersebut berbual-bual? Juga tidak perlu. Jadi kena faham, anda bukan perlu menjadi tegas seperti robot, sebaliknya anda perlu menjadi manusia yang tegas.

    Keempat : Sms, email, calling

    Saya faham, part ini paling ramai yang kalah. Tambah-tambah kalau dapat kredit free, memang susah nak tahan tangan dari mesej atau call orang yang selalu di ingatan. Tambah menyulitkan keadaan, apabila mahu berhubung tetapi tidak ada apa-apa perkara penting untuk dicakapkan. Maka diperah jualah otak mereka-reka ‘perkara penting’ barang sepatah dua, kemudian meleret-leretlah kepada segala benda yang tidak penting. Akhirnya, dua-dua lalai leka.

    Jadi dalam hal ini, tidak dapat tidak kedua-dua pasangan mesti menjadi tegas. Patutnya, lelakilah yang memainkan peranan menegakkan ketegasan tersebut. Tetapi realitinya, ramai lelaki yang tidak menjadi tegas manakala yang wanita pula terkial-kial mempertahankan ketegasan. Sudahlah wanita itu sifatnya mudah cair, lelaki pula tidak memainkan peranan sebagai ‘pemimpin’ yang amanah dengan baik.

    Soal medium berhubung ini, ianya halal dan hukum asalnya harus semata-mata. Tetapi ia boleh menjadi haram bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya. Justeru, amalkan tips berikut ketika berhubung :

    Banyakkan isi, kurangkan bunga. Sekadar ayat pemanis bicara sikit-skit, tanya khabar, itu ok. Tapi selepas itu mesti terus kepada isi. Biar isinya banyak. Kalau mahu bincang, biar perbualan itu benar-benar berbentuk perbincangan.
    Tak perlu berjenaka. Berjenaka biasanya untuk mengendurkan suasana. Tetapi sebaiknya anda mengambil sikap pertengahan, iaitu mewujudkan suasana perbualan yang tidak terlalu tegang dan tidak terlalu kendur. Kadang-kadang, jenaka mengundang padah. Boleh menghilangkan batas-batas ketegasan yang cuba dijaga. Jadi masing-masing pujuklah hati ; simpan dulu jenaka itu untuk kemudian hari. Itu lebih manis.
    Jaga masa. Ada sesetengah lelaki, tengah malam baru nak contact. Konon tak boleh tidur, konon itu dan ini. Jadi dalam keadaan tersebut, wanitalah yang perlu bertegas dan berkeras. Jangan bagi muka. Berhubung ‘di luar waktu’ apatah lagi dalam suasana yang sunyi sepi, memang ibarat anda berdiri di mulut syaitan. Bila-bila masa boleh kena telan.
    Jangan berkhalwat. Nabi s.a.w sebut : tidak berdua-duaan lelaki dan wanita melainkan syaitan adalah yang ketiga. Ini bukan berlaku di alam nyata sahaja, bahkan juga di alam maya. Chatting atau calling, biar ketika benar-benar perlu dan penting. Selesai urusan, segera tinggalkan ruang tersebut.


    Kelima : Rapati ibu bapa

    Banyak terjadi, perempuan apabila sudah bergelar tunangan orang, dia cenderung merapati si lelaki berbanding ibu bapanya sendiri. Ini silap. Kena faham dengan baik, bahawa tanggungjawab dan ketaatan hanya berpindah dengan akad, bukan dengan bertunang. Jadi sebagai anak gadis, anda perlu kekal sepertimana sebelum menjadi tunangan orang. Apa-apa perkara, ibu bapa mesti menjadi yang utama, bukan tunang.

    Sebab itu dalam banyak-banyak kes, pernikahan menjadi susah. Antara sebabnya adalah, si gadis lebih sibuk dengan si tunang berbanding berbincang atau memujuk ibu bapanya, manakala si lelaki pula langsung tidak berusaha untuk memujuk ibu bapa gadis tersebut untuk menyegerakan pernikahan.

    Orang perempuan kena faham, susah mahu berjumpa lelaki yang benar-benar berani dan gentleman. Yang sanggup melamar terus kepada ibu bapanya dan sanggup bersemuka sendiri memujuk supaya dipercepatkan pernikahan. Lebih-lebih lagi kalau masih belajar. Dengar sahaja dari mulut si gadis bahawa ayahnya tidak bagi kahwin masa belajar, terus menjadi gerun. Apabila disuruh oleh si gadis untuk menghubungi ayahnya dan berbincang, pelbagai alasan diberi. Hakikatnya, dia tidak bersedia dan tidak berani bersemuka.

    Itu masih ok. Apa yang tidak ok adalah si lelaki asyik mahu merapai si gadis sepanjang tempoh pertunangan. Perkara yang penting dijadikan tidak penting. Perkara yang tidak penting pula dijadikan penting. Bab-bab memujuk keluarga, membina hujah dan sebagainya, tidak berminat untuk dibincangkan. Sebaliknya bab-bab sakit kepala, saya banyak masalah, awak tak memahami saya, saya rasa kesepian dan segala yang lain dijadikan sebagai topik utama perbincangan.

    Jadi bagaimana? Dalam keadaan tersebut, kiranya si gadis pun lentok dan terikut-ikut dengan pembawakan si lelaki, maka berpestalah para syaitan atas kejayaan usaha mereka.



    Keenam : Prinsip diri dan jaga hati tunang, mana satu?

    Saya kira, dilema ini dikongsi oleh sebilangan besar anak gadis di luar sana terutama yang bergelar tunangan orang tetapi masih kabur dengan pernikahan.

    Si gadis mahu bertegas dengan prinsip. Iaitu sebagaimana prinsip-prinsip yang saya senaraikan di atas. Apabila berhubung, dia tidak berlebihan. Sekadarnya sahaja. Memberi fokus pada yang penting dan sebagainya.

    Tetapi apa yang menjadi masalah, si lelaki ‘tidak senang’ dengan keadaan tersebut. Dia merasakan dirinya sebagai tunang perlu menerima ‘layanan’ yang lebih istimewa. Janganlah terlalu tegas. Sesekali, mahu juga berkongsi rasa, melayan bicara, membuai jiwa. Si gadis pantang menyerah. Tidak dilayan dan buat tak faham. Akhirnya? Si lelaki merasa jemu dan mahu putus.

    Sudah tentulah si gadis akan bersedih hati. Namun adakah perlu dikorbankan prinsipnya?

    Saya jawab : tempoh pertunangan itu tempoh perkenalan. Berkenalan kat situ, bukan maksudnya dia kena kenal saudari yang cantik, menarik, menawan, pandai ambil hati, menyejukkan jiwa, penyayang dan sebagainya. TIDAK SAMA SEKALI. Apa yang dia kena kenal adalah, keluarga saudari, perancangan hidup saudari, masalah-masalah yang saudari hadapi untuk berkahwin dan apakah watak-watak yang disukai atau tidak disukai oleh saudari. Sebab apa? Sebab dia kenal saudari sebagai TUNANG, bukan ISTERI. Kalau dia kenal sebagai isteri, ya, saudari boleh kenalkan diri saudari yang penyayang, manja, menggoda dan sebagainya. Jelas?

    Jadi bila saudari ‘memperkenalkan’ diri saudari sebagai seorang yang tegas dan berprinsip, kemudian si lelaki tersebut menolak, maka saudari tidak perlulah bersedih. Saudari tidak kehilangan dia, sebaliknya dia yang kehilangan saudari.

    Dan diri saudari yang MAHAL itu hanya layak dikenali oleh lelaki yang jujur, amanah dan benar-benar bertanggungjawab. Pasti dan pasti, lelaki jenis itu tidak akan berkecil hati dengan ketegasan saudari sebaliknya dia akan bersyukur kerana tunangnya membantunya menjaga iman dalam diri.

    Saya kongsikan satu status di facebook saya pada 12 Januari yang lalu :

    Sedari,

    cara untuk tolong sedara yang minat sedari tu,
    bukan dengan menadah riba membentang jiwa memberi muka,
    caranya adalah dengan membenteng ketegasan dan jangan layan bila dia start merepek.

    dia mungkin akan kata saudari syadid, tak kesian kat dia, tak memahami dia, ‘tak sayang’ kat dia,
    tapi hakikatnya, itulah cara sebenar membuktikan rasa sayang.

    dia mungkin akan kata saudari zalim dan kejam,
    tapi hakikatnya, saudari ‘bantu’ dia untuk masuk perangkap syaitan itu lebih zalim bin kejam.

    jadi jangan mudah kena tipu sangat
    bertegas hari ini, kemanisan hari esok
    ingat tu.



    MOTIVASI

    Ingatlah, apa sekalipun yang kita tempuh dalam hidup ini, termasuklah pertunangan, semuanya berlaku atas landasan takdir Allah Ta’ala. Jangan sesekali bimbang dengan jodoh sehingga anda membutakan hati dari menilai mana kaca mana permata. Memilih yang haq sama sekali tidak akan menjadikan anda rugi. Jangan bimbang ditolak, jangan takut pertunangan itu terputus, kerana hakikatnya anda ada Allah yang tidak pernah meninggalkan anda.

    Firman Allah Ta’ala :

    Maksudnya : Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu, dan Allah Maha Tahu sedangkan kamu tidak mengetahui.
 [ Al-Baqarah : 216 ]

    Jika sekarang anda bergelar tunangan orang, maka segerakanlah pernikahan. Jika tidak mampu, maka janganlah berhubungan. Biarlah sekadar ada hubungan. Banyak kerosakan berlaku dalam pertunangan disebabkan masalah tidak menjaga perhubungan. Maka sebagaimana anda bertunang kerana Allah dan mahu menuju pernikahan kerana Allah, begitu jugalah anda mesti menggantungkan usaha-usaha dalam fatrah bertunang dengan taqwa kepada Allah.

    Sekadar itu perkongsian saya sebagai panduan anda yang sedang bertunang. Sama-sama jaga iman dan jangan leka dari tipudaya syaitan.

I'm in love with...

Bismillahirrahmanirrahim..

H.I.J.A.B



Hijab itu tafsirannya luas.
Samada hijab merujuk kepada pengertian asalnya yang bereti tabir penutup,
Atau lebih kepada konsep yang lebih luas mengenainya,
Hijab membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita

Hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan,
Hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu,
Kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.

Apakah tujuan semua ini?

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai.
Mereka gagal berdolak dalik tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam,
Serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkrontasi agama
Untuk menolak keperluan batas-batas ini.

Berlakon bijak.
Bermain-main dengan Tuhan.
Sedangkan Allah SWT memerintahkan kita menjaga batas ini adalah untuk mengawal
Sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.
Ia adalah soal HATI!!



Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda,
Kita terlupa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI,
Yang tidak mampu ditanggung logik.

Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekalipun,
Tidaklah kuat untuk mengawal hati.
 ~AKAL itu menteri,Rajanya adalah HATI~

Mulut kita tidak menyebut,
Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu,
Tubuh kamu tidak menampakkan calar,
Tapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan iblis
Yang menembus daging dan tulang-temulang jati dirinya

Jadi soal halal haram itu terlalu banyak liku-likunya,
persoalkanlah soal kesucian hatimu,


Kita bijak SINI, tetapi Allah bijak SANA. Maha Bijaksana!

Sepertimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Ahzab (53)

"Dan demikianlah kamu meminta sesutu yang harus diminta daripada mereka,
 maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih
 suci bagi hati kamu dan hati mereka"

Copyright dan edit dari
*Aku terima nikahnya 2, Bercinta sehingga ke syurga*

Friday, January 18, 2013

Buatmu nendaku..

Bismillahirrahmanirrahim..

"Hidup di dunia hanyalah tempat permainan,yang kekal abadi adalah di sana, AKHIRAT tempat istirehat"

Begitulah quote dari Rabiah Al-Adawy
Pasti semua mengenali batang tubuh ini
Seorang wali Allah
Yang tinggi kebertawakkalnnya kepada Allah
Dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaaan serba susah

Tidak pernah mengeluh
Bahkan malu untuk meminta lebih dari Allah
Hidupnya setiap saat dengan alunan zikir pada siangnya
Malamnya dihiasi dengan solat yang khusyuk sehingga fajar meninggi

~19 Januari 2012~

Tarikh keramat buat seluruh sanak saudara Tok Bah
Sedih merundum segenap jiwa sanubari yang mengenali Wan Zahrah
Beliau meninggalkan 8 orang anak
Setelah sekian lama menyaranya sendirian
Berbekallan rezeki kurniaan Ilahi
Selepas kembalinya Wan Abdullah ke rahmatullah
Alhamdulillah berkat kesabaran mendidik
Semuanya menjadi insan yang berjaya
Di DUNIA dan insyAllah di AKHIRAT jua

Tiada apa yang dipinta oleh setiap anak Adam
Setelah kematian
Yang diharapkan menjadi bekalan hanya

~3 P.E.R.K.A.R.A~ 
Seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W.

“apabila mati seseorang anak adam itu ,maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Sedekah jariah ketika mana
Darah masih mengalir laju berzikir pada batang tubuhnya

Ilmu yang disampaikan
Ketika mana dirinya menjadi tempat rujukan

Dan paling pasti ganjarannya
Dengan meninggalkan seramai mungkin
Anak yang soleh dan solehah
Yang sanggup mendoakannya
Di saat dirinya tiada di alam ini

Begitulah harapan setiap hamba

Al-fatihah buat nendaku tercinta Wan Zahrah ( 19.1.2012)




Thursday, January 17, 2013

A.I.B


Bismilahirrahmanirrahim…

Ku mulakan pena tulisanku dengan selawat ke atas Nabi Sallahualaihi wasaalam, syukur masih lagi diberi peluang dan ruang untuk melakarkan coretan bingkisan kehidupan seorang daie yang kerdil.

Bertimpa-timpa dugaan dan ujian yang dihadapi dari episod demi episod dalam kehidupanku, andakata ianya susah dan perit “Ya, menghadapinya sangatlah susah dan sangatlah perit”, tetapi Allah seringkali memujuk kita “Innallaha ma’a Sobirin” bermaksud “Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar”.


~P.E.N.A.T~

Ia tidak adil andai kata hanya diriku yang mengatakan hanya aku yang merasainya, kerana Aku tahu setiap hamba Allah yang beriman pastinya akan ditimpakan ke atasnya ujian bagi menguji tahap kesabaran seseorang hambanya.

Selalu diriku muhasabah.. “Ya Allah , Ya Tuhanku jadikanlah aku seorang yang menjaga rapi aib orang sekelilingku, diriku dan keluargaku dan ummat Islam keseluruhannya”.

Kerana pabila terjebak dengan dunia realiti ,makin bertambah koneksi diriku dengan pelbagai keadaan manusia. Kadang terfikir, sedang aku merungut menahan perangai-perangai dan kerenah manusia sekeliling, bagaimanakah mereka menghadapi kerenahku?


~F.I.K.I.R  S.E.J.E.N.A.K~

Bilamana ingin meluahkan pada siapa harus aku meluahkan, menjadi satu persoalan utama bagiku, tidak dapat tidak tentunya pada selayakNya, diri ini berusaha untuk menjaga aib manusia sekelilingku,. Kerana di dalam Al-Quran, Allah pernah berfirman :

”Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”
(As-Soff ayat 2-3)


Maka laksanakanlah pabila bicara terbit di bibirmu..


Termaktub dalam hadis agarkita menjaga aib manusia sekeliling kita :

“Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat”
(HR. at-Tirmidzi)

“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat”
 (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

Ditegaskan lagi dengan firman Allah swt di dalam Surah Al Hujurat Ayat 12 bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Sabda Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud:

“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Kadang-kala cemuh menyinggah di fikiranku mendengarkan yang petah berkata-kata tentang agama, tetapi pelaksanaannya mungkin sedikit gagal. Refleksi pada diri. Pabila berbicara disulamkan dengan dalilnya, pabila menegur kasar pula tegurannya, cuba nilai kembali diri kita, bagaimanakah baginda ikutan seluruh ummat Rasulullah S.A.W mengolah kembali akhlaknya ke dalam kehidupan sehariannya. Mungkin jua uslub dakwah kita semua berbeza. Tetapi percayalah setiap manusia dikurniakan satu “behaviour” yang berbeza dengan kelebihan dan kuasa yang berbeza.Hargailah setiap perbezaan. Yang difokuskan adalah mencari titik persamaan, barulah harmoni tercetus. InsyAllah.

~LAU KA NA BAINANA YA RASULULLAH… ~

Rindu benar rasanya diri ini untuk bertemumu, tetapi siapalah diriku,. Kadang bila kita berbicara , lancar tutur kata kita seperti apa yang kita sudah lakukan seperti semuanya betul dan tepat tanpa sedikit cacat-cela pun.Muhasabahlah dan renungkan kembali.

Kita dinasihatkan supaya bersangka baik, dan berlapang dada (salamatus sodr) dalam apa jua yang keadaan. Jadilah kita sepertmana ahli-ahli sufi
Bilamana dia melihat anak-anak,
Mereka merasakan anak-anak tersebut suci dari dosa yang bertimbun,
Bilamana dilihat orang tua dari usianya,
Mereka merasakan mereka hidup lama dan banyak amalanya,
Dan begitulah mereka melihat setiap makhluk di sisiNya,

Mencari kebaikan untuk diiktibarkan bersama

~H.E.B.A.T!!!~


Kaku terdiam seketika memikirkan mahu memujuk hati. Hanya mampu berdoa padaNya agar dihadirkan hati yang lembut tetapi tegas berpendirian, siap untuk menerima segala teguran. Biarlah teguran tersebut hanya kita saja tahu kebenaran di sebalik teguran tersebut. Kita tidak LAYAK untuk menghukum seseorang itu bersalah sehinggalah mendengar kenyataan dari mulutnya sendiri. Pertimbangannya samada si pencerita berkata benar ataupun tidak diserahkan kembali kepada Yang Maha Kuasa. Cuma peringatan bersama, agar menerima apa saja teguran,kerana mungkin di mata kita betul tingkah laku tersebut, tetapi di mata-mata  yang bertebaran di bumi Allah melihat ianya kurang elok diperlakukan. Sematkan dalam diri utamakan pandangan Allah.

Terima teguran untuk penambahbaikan. Kurangkan berkata lebih untuk perkara furu’ bagi meraikan kematangan dalam berfikir. Perhatikan dan hayati setiap kejadian Allah. Agar kita menjadi hamba bersyukur dan semakin bertambah kesyukuran kepadaNya.

     ~ Tried harder to be someOne to the only One~