Thursday, January 17, 2013

A.I.B


Bismilahirrahmanirrahim…

Ku mulakan pena tulisanku dengan selawat ke atas Nabi Sallahualaihi wasaalam, syukur masih lagi diberi peluang dan ruang untuk melakarkan coretan bingkisan kehidupan seorang daie yang kerdil.

Bertimpa-timpa dugaan dan ujian yang dihadapi dari episod demi episod dalam kehidupanku, andakata ianya susah dan perit “Ya, menghadapinya sangatlah susah dan sangatlah perit”, tetapi Allah seringkali memujuk kita “Innallaha ma’a Sobirin” bermaksud “Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar”.


~P.E.N.A.T~

Ia tidak adil andai kata hanya diriku yang mengatakan hanya aku yang merasainya, kerana Aku tahu setiap hamba Allah yang beriman pastinya akan ditimpakan ke atasnya ujian bagi menguji tahap kesabaran seseorang hambanya.

Selalu diriku muhasabah.. “Ya Allah , Ya Tuhanku jadikanlah aku seorang yang menjaga rapi aib orang sekelilingku, diriku dan keluargaku dan ummat Islam keseluruhannya”.

Kerana pabila terjebak dengan dunia realiti ,makin bertambah koneksi diriku dengan pelbagai keadaan manusia. Kadang terfikir, sedang aku merungut menahan perangai-perangai dan kerenah manusia sekeliling, bagaimanakah mereka menghadapi kerenahku?


~F.I.K.I.R  S.E.J.E.N.A.K~

Bilamana ingin meluahkan pada siapa harus aku meluahkan, menjadi satu persoalan utama bagiku, tidak dapat tidak tentunya pada selayakNya, diri ini berusaha untuk menjaga aib manusia sekelilingku,. Kerana di dalam Al-Quran, Allah pernah berfirman :

”Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”
(As-Soff ayat 2-3)


Maka laksanakanlah pabila bicara terbit di bibirmu..


Termaktub dalam hadis agarkita menjaga aib manusia sekeliling kita :

“Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat”
(HR. at-Tirmidzi)

“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat”
 (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

Ditegaskan lagi dengan firman Allah swt di dalam Surah Al Hujurat Ayat 12 bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Sabda Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud:

“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Kadang-kala cemuh menyinggah di fikiranku mendengarkan yang petah berkata-kata tentang agama, tetapi pelaksanaannya mungkin sedikit gagal. Refleksi pada diri. Pabila berbicara disulamkan dengan dalilnya, pabila menegur kasar pula tegurannya, cuba nilai kembali diri kita, bagaimanakah baginda ikutan seluruh ummat Rasulullah S.A.W mengolah kembali akhlaknya ke dalam kehidupan sehariannya. Mungkin jua uslub dakwah kita semua berbeza. Tetapi percayalah setiap manusia dikurniakan satu “behaviour” yang berbeza dengan kelebihan dan kuasa yang berbeza.Hargailah setiap perbezaan. Yang difokuskan adalah mencari titik persamaan, barulah harmoni tercetus. InsyAllah.

~LAU KA NA BAINANA YA RASULULLAH… ~

Rindu benar rasanya diri ini untuk bertemumu, tetapi siapalah diriku,. Kadang bila kita berbicara , lancar tutur kata kita seperti apa yang kita sudah lakukan seperti semuanya betul dan tepat tanpa sedikit cacat-cela pun.Muhasabahlah dan renungkan kembali.

Kita dinasihatkan supaya bersangka baik, dan berlapang dada (salamatus sodr) dalam apa jua yang keadaan. Jadilah kita sepertmana ahli-ahli sufi
Bilamana dia melihat anak-anak,
Mereka merasakan anak-anak tersebut suci dari dosa yang bertimbun,
Bilamana dilihat orang tua dari usianya,
Mereka merasakan mereka hidup lama dan banyak amalanya,
Dan begitulah mereka melihat setiap makhluk di sisiNya,

Mencari kebaikan untuk diiktibarkan bersama

~H.E.B.A.T!!!~


Kaku terdiam seketika memikirkan mahu memujuk hati. Hanya mampu berdoa padaNya agar dihadirkan hati yang lembut tetapi tegas berpendirian, siap untuk menerima segala teguran. Biarlah teguran tersebut hanya kita saja tahu kebenaran di sebalik teguran tersebut. Kita tidak LAYAK untuk menghukum seseorang itu bersalah sehinggalah mendengar kenyataan dari mulutnya sendiri. Pertimbangannya samada si pencerita berkata benar ataupun tidak diserahkan kembali kepada Yang Maha Kuasa. Cuma peringatan bersama, agar menerima apa saja teguran,kerana mungkin di mata kita betul tingkah laku tersebut, tetapi di mata-mata  yang bertebaran di bumi Allah melihat ianya kurang elok diperlakukan. Sematkan dalam diri utamakan pandangan Allah.

Terima teguran untuk penambahbaikan. Kurangkan berkata lebih untuk perkara furu’ bagi meraikan kematangan dalam berfikir. Perhatikan dan hayati setiap kejadian Allah. Agar kita menjadi hamba bersyukur dan semakin bertambah kesyukuran kepadaNya.

     ~ Tried harder to be someOne to the only One~

No comments:

Post a Comment