Tuesday, January 22, 2013

Engagement

Copyright word dari myilham.com

Bismillahirrahmanirrahim...



    Bertunang adalah salah satu proses yang wujud dalam syariat Islam. Hukumnya adalah sunat. Ia terjadi apabila hasrat seorang lelaki untuk menjadikan seorang wanita sebagai isterinya disambut oleh wanita tersebut ataupun walinya. Maka, apabila sah menjadi tunangan, wanita tersebut tidak boleh lagi dipinang oleh orang lain.

    Mungkin asas tersebut sudah ramai yang tahu.

    Cuma ramai orang terlepas pandang tentang apa yang berlaku seusai proses pertunangan tersebut. Kita tahu, jika seorang lelaki hendak melamar, dia diharuskan untuk tengok wanita yang hendak dilamarnya. Apabila wanita tersebut sudah bergelar tunangannya pula, dia boleh berkenalan dengan wanita tersebut beserta keluarganya. Itu antara hikmah pertunangan ; sebagai proses menuju perkahwinan yang sejahtera.

    Bab perkenalan itulah ramai orang terlepas pandang. Mungkin sebab tidak dititkberatkan. Maka banyak jugalah berlaku kerosakan pemuda dan pemudi Islam yang berada dalam fatrah pertunangan kononnya atas nama ‘berkenalan’.

    Jadi saya cuba tuliskan sedikit guideline atau panduan untuk perhubungan sewaktu tempoh pertunangan. Harapnya, ia mampu menarik mana-mana yang telah terlanjur ke depan dan mampu menyuntik keberanian kepada mana-mana yang masih tidak tahu cara berhubungan.


    Ok,kita mulakan.

    Pertama : Nothing Change

    Apa maksudnya? Maksudnya, apabila anda dan dia bertunang, tidak ada apa-apa yang berubah. Baik dari segi siapa dia, cara bercakap dengan dia, cara memandang dia dan sebagainya. Dia tetap lelaki ajnabi dan dia tetap perempuan ajnabi. Maka layanan anda kepadanya juga mesti sebagai ajnabi. Macam anda berkomunikasi dengan pakcik teksi, abang jual top-up kat kedai dan tukang kebun di sekolah. Apa yang berbeza cuma anda dan dia ada janji untuk berkahwin, itu sahaja.

    Kedua : Pemfokusan

    Apa hikmah anda sebagai wanita haram dipinang lagi selepas anda menerima pinangan seorang lelaki? Antara hikmahnya, Islam mahu mendidik anda supaya fokus. Buat satu-satu biar selesai satu-satu. Bertunang bukan sekadar soal ‘reserve’ semata-mata. Ia soal penyatupaduan usaha untuk menjayakan sebuah akad nikah. Mahu merealisasikan itu bukan senang, perlu kepada pemfokusan gerak kerja. Jadi, untuk berhubung antara satu sama lain, janganlah lari fokus. Soalan-soalan seperti tadi datang program tak? saya tak nampak awak pun atau awak dah makan ke? makan apa? itu semua agak jauh dari titik fokus yang sebenar.

    Ketiga : Manusiawi

    Apa yang saya maksudkan di sini adalah layanan kepada satu sama lain ketika berhubungan mestilah seperti melayan manusia, bukan robot. Banyak terjadi, apabila satu pihak ‘terlalu menjaga’ maka dia menjadi robot dan bukan lagi manusia. Mana ada manusia suka berkomunikasi dengan robot, apatah lagi yang berlakon sebagai robot itu adalah tunangannya. Jadi jangan jadi robot, jadilah manusia. Caranya mudah, anda sebagai wanita contohnya, ketika anda pergi kedai top-up dan meminta brader kedai tersebut memasukkan top-up ke dalam telefon bimbit anda, adakah anda berinteraksi dengan brader itu sebagai manusia atau robot?

    Anda akan berinteraksi sebagaimana manusia biasa, bukan? Kalau perlu senyum, anda senyum. Kalau perlu jawab apa brader tu tanya, anda jawab. Kalau perlu bertanya, anda bertanya. Tapi adakah perlu untuk anda berbalas jelingan mata dengan brader tersebut? Tak perlu. Adakah perlu anda duduk melayan brader tersebut berbual-bual? Juga tidak perlu. Jadi kena faham, anda bukan perlu menjadi tegas seperti robot, sebaliknya anda perlu menjadi manusia yang tegas.

    Keempat : Sms, email, calling

    Saya faham, part ini paling ramai yang kalah. Tambah-tambah kalau dapat kredit free, memang susah nak tahan tangan dari mesej atau call orang yang selalu di ingatan. Tambah menyulitkan keadaan, apabila mahu berhubung tetapi tidak ada apa-apa perkara penting untuk dicakapkan. Maka diperah jualah otak mereka-reka ‘perkara penting’ barang sepatah dua, kemudian meleret-leretlah kepada segala benda yang tidak penting. Akhirnya, dua-dua lalai leka.

    Jadi dalam hal ini, tidak dapat tidak kedua-dua pasangan mesti menjadi tegas. Patutnya, lelakilah yang memainkan peranan menegakkan ketegasan tersebut. Tetapi realitinya, ramai lelaki yang tidak menjadi tegas manakala yang wanita pula terkial-kial mempertahankan ketegasan. Sudahlah wanita itu sifatnya mudah cair, lelaki pula tidak memainkan peranan sebagai ‘pemimpin’ yang amanah dengan baik.

    Soal medium berhubung ini, ianya halal dan hukum asalnya harus semata-mata. Tetapi ia boleh menjadi haram bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya. Justeru, amalkan tips berikut ketika berhubung :

    Banyakkan isi, kurangkan bunga. Sekadar ayat pemanis bicara sikit-skit, tanya khabar, itu ok. Tapi selepas itu mesti terus kepada isi. Biar isinya banyak. Kalau mahu bincang, biar perbualan itu benar-benar berbentuk perbincangan.
    Tak perlu berjenaka. Berjenaka biasanya untuk mengendurkan suasana. Tetapi sebaiknya anda mengambil sikap pertengahan, iaitu mewujudkan suasana perbualan yang tidak terlalu tegang dan tidak terlalu kendur. Kadang-kadang, jenaka mengundang padah. Boleh menghilangkan batas-batas ketegasan yang cuba dijaga. Jadi masing-masing pujuklah hati ; simpan dulu jenaka itu untuk kemudian hari. Itu lebih manis.
    Jaga masa. Ada sesetengah lelaki, tengah malam baru nak contact. Konon tak boleh tidur, konon itu dan ini. Jadi dalam keadaan tersebut, wanitalah yang perlu bertegas dan berkeras. Jangan bagi muka. Berhubung ‘di luar waktu’ apatah lagi dalam suasana yang sunyi sepi, memang ibarat anda berdiri di mulut syaitan. Bila-bila masa boleh kena telan.
    Jangan berkhalwat. Nabi s.a.w sebut : tidak berdua-duaan lelaki dan wanita melainkan syaitan adalah yang ketiga. Ini bukan berlaku di alam nyata sahaja, bahkan juga di alam maya. Chatting atau calling, biar ketika benar-benar perlu dan penting. Selesai urusan, segera tinggalkan ruang tersebut.


    Kelima : Rapati ibu bapa

    Banyak terjadi, perempuan apabila sudah bergelar tunangan orang, dia cenderung merapati si lelaki berbanding ibu bapanya sendiri. Ini silap. Kena faham dengan baik, bahawa tanggungjawab dan ketaatan hanya berpindah dengan akad, bukan dengan bertunang. Jadi sebagai anak gadis, anda perlu kekal sepertimana sebelum menjadi tunangan orang. Apa-apa perkara, ibu bapa mesti menjadi yang utama, bukan tunang.

    Sebab itu dalam banyak-banyak kes, pernikahan menjadi susah. Antara sebabnya adalah, si gadis lebih sibuk dengan si tunang berbanding berbincang atau memujuk ibu bapanya, manakala si lelaki pula langsung tidak berusaha untuk memujuk ibu bapa gadis tersebut untuk menyegerakan pernikahan.

    Orang perempuan kena faham, susah mahu berjumpa lelaki yang benar-benar berani dan gentleman. Yang sanggup melamar terus kepada ibu bapanya dan sanggup bersemuka sendiri memujuk supaya dipercepatkan pernikahan. Lebih-lebih lagi kalau masih belajar. Dengar sahaja dari mulut si gadis bahawa ayahnya tidak bagi kahwin masa belajar, terus menjadi gerun. Apabila disuruh oleh si gadis untuk menghubungi ayahnya dan berbincang, pelbagai alasan diberi. Hakikatnya, dia tidak bersedia dan tidak berani bersemuka.

    Itu masih ok. Apa yang tidak ok adalah si lelaki asyik mahu merapai si gadis sepanjang tempoh pertunangan. Perkara yang penting dijadikan tidak penting. Perkara yang tidak penting pula dijadikan penting. Bab-bab memujuk keluarga, membina hujah dan sebagainya, tidak berminat untuk dibincangkan. Sebaliknya bab-bab sakit kepala, saya banyak masalah, awak tak memahami saya, saya rasa kesepian dan segala yang lain dijadikan sebagai topik utama perbincangan.

    Jadi bagaimana? Dalam keadaan tersebut, kiranya si gadis pun lentok dan terikut-ikut dengan pembawakan si lelaki, maka berpestalah para syaitan atas kejayaan usaha mereka.



    Keenam : Prinsip diri dan jaga hati tunang, mana satu?

    Saya kira, dilema ini dikongsi oleh sebilangan besar anak gadis di luar sana terutama yang bergelar tunangan orang tetapi masih kabur dengan pernikahan.

    Si gadis mahu bertegas dengan prinsip. Iaitu sebagaimana prinsip-prinsip yang saya senaraikan di atas. Apabila berhubung, dia tidak berlebihan. Sekadarnya sahaja. Memberi fokus pada yang penting dan sebagainya.

    Tetapi apa yang menjadi masalah, si lelaki ‘tidak senang’ dengan keadaan tersebut. Dia merasakan dirinya sebagai tunang perlu menerima ‘layanan’ yang lebih istimewa. Janganlah terlalu tegas. Sesekali, mahu juga berkongsi rasa, melayan bicara, membuai jiwa. Si gadis pantang menyerah. Tidak dilayan dan buat tak faham. Akhirnya? Si lelaki merasa jemu dan mahu putus.

    Sudah tentulah si gadis akan bersedih hati. Namun adakah perlu dikorbankan prinsipnya?

    Saya jawab : tempoh pertunangan itu tempoh perkenalan. Berkenalan kat situ, bukan maksudnya dia kena kenal saudari yang cantik, menarik, menawan, pandai ambil hati, menyejukkan jiwa, penyayang dan sebagainya. TIDAK SAMA SEKALI. Apa yang dia kena kenal adalah, keluarga saudari, perancangan hidup saudari, masalah-masalah yang saudari hadapi untuk berkahwin dan apakah watak-watak yang disukai atau tidak disukai oleh saudari. Sebab apa? Sebab dia kenal saudari sebagai TUNANG, bukan ISTERI. Kalau dia kenal sebagai isteri, ya, saudari boleh kenalkan diri saudari yang penyayang, manja, menggoda dan sebagainya. Jelas?

    Jadi bila saudari ‘memperkenalkan’ diri saudari sebagai seorang yang tegas dan berprinsip, kemudian si lelaki tersebut menolak, maka saudari tidak perlulah bersedih. Saudari tidak kehilangan dia, sebaliknya dia yang kehilangan saudari.

    Dan diri saudari yang MAHAL itu hanya layak dikenali oleh lelaki yang jujur, amanah dan benar-benar bertanggungjawab. Pasti dan pasti, lelaki jenis itu tidak akan berkecil hati dengan ketegasan saudari sebaliknya dia akan bersyukur kerana tunangnya membantunya menjaga iman dalam diri.

    Saya kongsikan satu status di facebook saya pada 12 Januari yang lalu :

    Sedari,

    cara untuk tolong sedara yang minat sedari tu,
    bukan dengan menadah riba membentang jiwa memberi muka,
    caranya adalah dengan membenteng ketegasan dan jangan layan bila dia start merepek.

    dia mungkin akan kata saudari syadid, tak kesian kat dia, tak memahami dia, ‘tak sayang’ kat dia,
    tapi hakikatnya, itulah cara sebenar membuktikan rasa sayang.

    dia mungkin akan kata saudari zalim dan kejam,
    tapi hakikatnya, saudari ‘bantu’ dia untuk masuk perangkap syaitan itu lebih zalim bin kejam.

    jadi jangan mudah kena tipu sangat
    bertegas hari ini, kemanisan hari esok
    ingat tu.



    MOTIVASI

    Ingatlah, apa sekalipun yang kita tempuh dalam hidup ini, termasuklah pertunangan, semuanya berlaku atas landasan takdir Allah Ta’ala. Jangan sesekali bimbang dengan jodoh sehingga anda membutakan hati dari menilai mana kaca mana permata. Memilih yang haq sama sekali tidak akan menjadikan anda rugi. Jangan bimbang ditolak, jangan takut pertunangan itu terputus, kerana hakikatnya anda ada Allah yang tidak pernah meninggalkan anda.

    Firman Allah Ta’ala :

    Maksudnya : Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu, dan Allah Maha Tahu sedangkan kamu tidak mengetahui.
 [ Al-Baqarah : 216 ]

    Jika sekarang anda bergelar tunangan orang, maka segerakanlah pernikahan. Jika tidak mampu, maka janganlah berhubungan. Biarlah sekadar ada hubungan. Banyak kerosakan berlaku dalam pertunangan disebabkan masalah tidak menjaga perhubungan. Maka sebagaimana anda bertunang kerana Allah dan mahu menuju pernikahan kerana Allah, begitu jugalah anda mesti menggantungkan usaha-usaha dalam fatrah bertunang dengan taqwa kepada Allah.

    Sekadar itu perkongsian saya sebagai panduan anda yang sedang bertunang. Sama-sama jaga iman dan jangan leka dari tipudaya syaitan.

I'm in love with...

Bismillahirrahmanirrahim..

H.I.J.A.B



Hijab itu tafsirannya luas.
Samada hijab merujuk kepada pengertian asalnya yang bereti tabir penutup,
Atau lebih kepada konsep yang lebih luas mengenainya,
Hijab membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita

Hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan,
Hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu,
Kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.

Apakah tujuan semua ini?

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai.
Mereka gagal berdolak dalik tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam,
Serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkrontasi agama
Untuk menolak keperluan batas-batas ini.

Berlakon bijak.
Bermain-main dengan Tuhan.
Sedangkan Allah SWT memerintahkan kita menjaga batas ini adalah untuk mengawal
Sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.
Ia adalah soal HATI!!



Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda,
Kita terlupa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI,
Yang tidak mampu ditanggung logik.

Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekalipun,
Tidaklah kuat untuk mengawal hati.
 ~AKAL itu menteri,Rajanya adalah HATI~

Mulut kita tidak menyebut,
Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu,
Tubuh kamu tidak menampakkan calar,
Tapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan iblis
Yang menembus daging dan tulang-temulang jati dirinya

Jadi soal halal haram itu terlalu banyak liku-likunya,
persoalkanlah soal kesucian hatimu,


Kita bijak SINI, tetapi Allah bijak SANA. Maha Bijaksana!

Sepertimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Ahzab (53)

"Dan demikianlah kamu meminta sesutu yang harus diminta daripada mereka,
 maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih
 suci bagi hati kamu dan hati mereka"

Copyright dan edit dari
*Aku terima nikahnya 2, Bercinta sehingga ke syurga*

Friday, January 18, 2013

Buatmu nendaku..

Bismillahirrahmanirrahim..

"Hidup di dunia hanyalah tempat permainan,yang kekal abadi adalah di sana, AKHIRAT tempat istirehat"

Begitulah quote dari Rabiah Al-Adawy
Pasti semua mengenali batang tubuh ini
Seorang wali Allah
Yang tinggi kebertawakkalnnya kepada Allah
Dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaaan serba susah

Tidak pernah mengeluh
Bahkan malu untuk meminta lebih dari Allah
Hidupnya setiap saat dengan alunan zikir pada siangnya
Malamnya dihiasi dengan solat yang khusyuk sehingga fajar meninggi

~19 Januari 2012~

Tarikh keramat buat seluruh sanak saudara Tok Bah
Sedih merundum segenap jiwa sanubari yang mengenali Wan Zahrah
Beliau meninggalkan 8 orang anak
Setelah sekian lama menyaranya sendirian
Berbekallan rezeki kurniaan Ilahi
Selepas kembalinya Wan Abdullah ke rahmatullah
Alhamdulillah berkat kesabaran mendidik
Semuanya menjadi insan yang berjaya
Di DUNIA dan insyAllah di AKHIRAT jua

Tiada apa yang dipinta oleh setiap anak Adam
Setelah kematian
Yang diharapkan menjadi bekalan hanya

~3 P.E.R.K.A.R.A~ 
Seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W.

“apabila mati seseorang anak adam itu ,maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Sedekah jariah ketika mana
Darah masih mengalir laju berzikir pada batang tubuhnya

Ilmu yang disampaikan
Ketika mana dirinya menjadi tempat rujukan

Dan paling pasti ganjarannya
Dengan meninggalkan seramai mungkin
Anak yang soleh dan solehah
Yang sanggup mendoakannya
Di saat dirinya tiada di alam ini

Begitulah harapan setiap hamba

Al-fatihah buat nendaku tercinta Wan Zahrah ( 19.1.2012)




Thursday, January 17, 2013

A.I.B


Bismilahirrahmanirrahim…

Ku mulakan pena tulisanku dengan selawat ke atas Nabi Sallahualaihi wasaalam, syukur masih lagi diberi peluang dan ruang untuk melakarkan coretan bingkisan kehidupan seorang daie yang kerdil.

Bertimpa-timpa dugaan dan ujian yang dihadapi dari episod demi episod dalam kehidupanku, andakata ianya susah dan perit “Ya, menghadapinya sangatlah susah dan sangatlah perit”, tetapi Allah seringkali memujuk kita “Innallaha ma’a Sobirin” bermaksud “Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar”.


~P.E.N.A.T~

Ia tidak adil andai kata hanya diriku yang mengatakan hanya aku yang merasainya, kerana Aku tahu setiap hamba Allah yang beriman pastinya akan ditimpakan ke atasnya ujian bagi menguji tahap kesabaran seseorang hambanya.

Selalu diriku muhasabah.. “Ya Allah , Ya Tuhanku jadikanlah aku seorang yang menjaga rapi aib orang sekelilingku, diriku dan keluargaku dan ummat Islam keseluruhannya”.

Kerana pabila terjebak dengan dunia realiti ,makin bertambah koneksi diriku dengan pelbagai keadaan manusia. Kadang terfikir, sedang aku merungut menahan perangai-perangai dan kerenah manusia sekeliling, bagaimanakah mereka menghadapi kerenahku?


~F.I.K.I.R  S.E.J.E.N.A.K~

Bilamana ingin meluahkan pada siapa harus aku meluahkan, menjadi satu persoalan utama bagiku, tidak dapat tidak tentunya pada selayakNya, diri ini berusaha untuk menjaga aib manusia sekelilingku,. Kerana di dalam Al-Quran, Allah pernah berfirman :

”Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”
(As-Soff ayat 2-3)


Maka laksanakanlah pabila bicara terbit di bibirmu..


Termaktub dalam hadis agarkita menjaga aib manusia sekeliling kita :

“Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat”
(HR. at-Tirmidzi)

“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat”
 (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

Ditegaskan lagi dengan firman Allah swt di dalam Surah Al Hujurat Ayat 12 bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Sabda Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud:

“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Kadang-kala cemuh menyinggah di fikiranku mendengarkan yang petah berkata-kata tentang agama, tetapi pelaksanaannya mungkin sedikit gagal. Refleksi pada diri. Pabila berbicara disulamkan dengan dalilnya, pabila menegur kasar pula tegurannya, cuba nilai kembali diri kita, bagaimanakah baginda ikutan seluruh ummat Rasulullah S.A.W mengolah kembali akhlaknya ke dalam kehidupan sehariannya. Mungkin jua uslub dakwah kita semua berbeza. Tetapi percayalah setiap manusia dikurniakan satu “behaviour” yang berbeza dengan kelebihan dan kuasa yang berbeza.Hargailah setiap perbezaan. Yang difokuskan adalah mencari titik persamaan, barulah harmoni tercetus. InsyAllah.

~LAU KA NA BAINANA YA RASULULLAH… ~

Rindu benar rasanya diri ini untuk bertemumu, tetapi siapalah diriku,. Kadang bila kita berbicara , lancar tutur kata kita seperti apa yang kita sudah lakukan seperti semuanya betul dan tepat tanpa sedikit cacat-cela pun.Muhasabahlah dan renungkan kembali.

Kita dinasihatkan supaya bersangka baik, dan berlapang dada (salamatus sodr) dalam apa jua yang keadaan. Jadilah kita sepertmana ahli-ahli sufi
Bilamana dia melihat anak-anak,
Mereka merasakan anak-anak tersebut suci dari dosa yang bertimbun,
Bilamana dilihat orang tua dari usianya,
Mereka merasakan mereka hidup lama dan banyak amalanya,
Dan begitulah mereka melihat setiap makhluk di sisiNya,

Mencari kebaikan untuk diiktibarkan bersama

~H.E.B.A.T!!!~


Kaku terdiam seketika memikirkan mahu memujuk hati. Hanya mampu berdoa padaNya agar dihadirkan hati yang lembut tetapi tegas berpendirian, siap untuk menerima segala teguran. Biarlah teguran tersebut hanya kita saja tahu kebenaran di sebalik teguran tersebut. Kita tidak LAYAK untuk menghukum seseorang itu bersalah sehinggalah mendengar kenyataan dari mulutnya sendiri. Pertimbangannya samada si pencerita berkata benar ataupun tidak diserahkan kembali kepada Yang Maha Kuasa. Cuma peringatan bersama, agar menerima apa saja teguran,kerana mungkin di mata kita betul tingkah laku tersebut, tetapi di mata-mata  yang bertebaran di bumi Allah melihat ianya kurang elok diperlakukan. Sematkan dalam diri utamakan pandangan Allah.

Terima teguran untuk penambahbaikan. Kurangkan berkata lebih untuk perkara furu’ bagi meraikan kematangan dalam berfikir. Perhatikan dan hayati setiap kejadian Allah. Agar kita menjadi hamba bersyukur dan semakin bertambah kesyukuran kepadaNya.

     ~ Tried harder to be someOne to the only One~

SANG MURABBI

Bismillhirrahmanirrahim..

Kembali menyoroti susuk tubuh Sang Murabbi
"Al-Fadhil Ust Rahmat Abdullah"
Salah seorang pejuang Parti Keadilah Sejahtera (PKS) di Indonesia..

Bila membuka movie2 yang lama bersarang di dalam laptop..

Kisah SANG MURABBI mula diputar kembali

Ingin berkongsi kata-kata dari permata kurniaan Allah :

Banyak orang yang sedikit amalannya,
Tetapi seringkali menyebut akan kehebatannya,
Merendahlah..
Engkau akan seperti bintang ke bintang,
Berkilau dipandang setiap orang,
Di atas setiap air,
Dasar bintang yang meninggi,
Janganlah seperti asap,
Tinggi di langit,
Padahal dirinya rendah..

Hati kader dakwah manakah tidak terasa..
Ayuh kumpulkan semangat dan tenaga hanya untuk Islam kecintaan kita..

Kata dari Presiden PKS ketika itu (2008),
Kita tidak berpisah wahai sahabat,
Tetapi kita sedang berusaha untuk kehidupan yang kekal abadi.