Saturday, September 29, 2012

Istikharahlah untuk dirimu

Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap saat kita perlu memilih.Cuma ia terpulang kepada kita mahu memilih yang baik atau sebaliknya. Kita ada pilihan samada melepaskan peluang yang ada atau mengambil peluang tersebut.

Biasanya ISTIKHARAH ia sinonim dengan remaja masa kini, ia selalu dikaitkan dengan hal-hal keCINTAan kepada manusia. Seharusnya kita perlu tahu dan faham istikharah tidak hanya tertumpu kepada soal-soal CINTA semata-mata. Istikharah sesuatu yang perlu dilakukan setiap hari bagi memastikan setiap langkah yang kita ambil adalah yang terbaik untuk diri kita dan paling penting diniatkan dalam merebut redhoNya... Allahurabbi alangkah indah kalau setiap saat kita begini.

Istikharahlah selalu.....
Soft reminder untuk diri yang mencatit ini. Tatkala dilema atau runsing dengan sesuatau hal atau tidak pasti dengan sesuatu perkara maka ambillah wudhuk, tenangkan hati, lapangkan dada dan pemikiran, pasangkan niat dan solatlah dua rakaat istikharah,, Jika dengan niat yang dipasangkan tadi dirasakan tenang mungkin petandanya baik, tetapi jika kita merasakan resah dan gelisah, mungkin ada kesilapan-kesilapan dengan percaturan yang kita lakukan. Yakinlah percaturan dari Allah adalah sebaiknya.


Wahai muda-mudi sekalian, kita perlu percaya bahawa bukanlah bererti sekiranya istikharah yang dilakukan itu tidak mengikut kehendak hati maka Allah tidak sayangkan kita malah tidak mendengar doa kita,, tetapi sebaliknya Allah ingin menitipkan satu pengajaran besar iaitu konsep redha, berlapang dada dan terima apa saja yang telah Allah aturkan untuk kita. Beriman dengan Qada' dan Qadar. Rukun iman yang keenam. Ia selalu meniti dibibir tetapi jarang sekali diaplikasikan hal tersebut.


Tidak perlu bersedih wahai hati jika apa yang diingini tidak kesampaian kerana kita sebagai umat yang beriman, kita mengaku dengan lisan, ikrar dengan hati dan membuktikan dengan amalan kita bahawa kita yakin dengan ILAH yakni Allah s.w.t.

Jika resah carilah Allah, jika kosong isikan dengan ayat cinta dariNya. Usah memfokuskan kesedihan itu berpanjangan, kerana Allah tahu apa yang terbaik untukmu. Sedih itu bagus, tetapi berpada, begitu juga dengan gembira. Berpada-padalah dengan segala sesuatu hal.

Teringat akan word dari Ustazah Sharifah Anom Omar pensyarah dari Uitm Samarahan, beliau adalah salah seorang pelajar syariah suatu masa dahulu. Beliau mengatakan semasa istikharah buanglah rasa "bias" atau dalam erti kala lain "kecenderungan" kepada mana-mana pihak kerana jika kita meletak kecenderungan kita terhadap satu pihak maka istikharah itu tidak sempurna.

Kemudian pastikan sebelum itu, pasangkan niat dengan matlamat yang jelas contohnya jika kita berdepan dengan masalah seperti ingin memilih antara dua berkenaan dengan kos yang bakal dipelajari " Ya Allah aku memohon petunjuk dariMu jika benar aku perlu meneruskan pelajaranku dalam perubatan maka engkau tenangkanlah hatiku jika tidak maka itulah sebaik-baik keputusan".


Justeru itu, saya mengajak sahabat yang dicintai dan insyAllah direhoi oleh Allah taala sama-sama lah kita melakukan istikharah yang meletakkan seratus peratus kebertawakkalan kita kepada Allah taala. Buang jauh-jauh perasaan cenderung pada mana-mana pihak yang hadir tatkala dirimu melakukan istikharah..

Salam sayang dari "hati ke hati" untuk "aku dan Dia"... <3 <3 <3


No comments:

Post a Comment