Sunday, September 16, 2012

Pengorbanan

Pengorbanan

Teringat saya akan satu kisah
Berkenaan sebuah keluarga
Keluarga yang boleh dikatakan
"Indah dan bahagia"
Pada zahirnya

Hakikatnya belum tentu
Siapa tahu isi dalamnya
Ia boleh diumpamakan buah yang masak ranum 
Pada sekilas pandangannya
Pabila dibelah isinya belum tentu
Membuahkan hasil yang menyelerakan

Begitulah warna-warni mencorak kehidupan..

Menarik ciptaan Allah
Setiap segala sesuatu yang mungkin dilihat sia-sia
Pasti akan ada kebaikannya juga
Jika tidak kepada kita 
Mungkin kepada orang lain 

Berbalik kepada kisah tadi
Terdirinya keluarga tersebut lengkap
Ibu, ayah dan anak-anak

Ketika mana ayahnya keluar mencari sesuap nasi 
Di bentangan lautan
Untuk menyara hidup seisi keluarga
Ibu berperanan, mengambil alih tugas
Sebagai ketua keluarga

Berat..
Tetapi tidak dapat tidak
Harus dipikul dan digalas
Bagi kepentingan anak-anak

Pada waktu sebeginilah 
Ibu mulai tidak berlaku jujur

Persoalannya bagaimana?

Pabila ditanyakan
Sudah makankan wahai ibuku?
Jawabnya sudah

Penatkah wahai ibuku?
Jawabnya tidak anakku

Ada masalahkah wahai ibuku?
Ibu hanya mampu tersenyum
Disertai kerut-kerut dahi yang menggaris
Menunjukkan tuanya usia ibunku

Begitulah PENGORBANAN
Seorang wanita
Yang digelar IBU

Tidak pernah lelah memberi cahaya 
Seperti matahari menyebarkan terangnya ke bumi

Dan bilamana anaknya berjaya
Dialah orang pertama yang melakukan sujud syukur
Dialah orang berbangga
Dialah orang yang paling gembira

Tak tergambar cahaya kegembiraannya
Bersinar memancar dari sudut matanya
Tersimpan di lubuk hati
Tidak siapa sedari

Itulah IBU..

Rindunya kepada kita tiada penghujung
Satu ikatan rindu yang tiada galang gantinya

Carilah di mana-mana sekalipun 
Harga kasih sayang seorang ibu tidak ternilai harganya

Tali pusat
Rantaian yang dulunya dibuang
Tetapi sebenarnya ada maksud tersirat padanya
Parut yang konneksi antara ibu dan anak
kekal abadi sehingga mati

 Tanpa kita sedari

Di waktu kita senang 
Kita mungkin lupa pada nya
Di waktu kita bergembira
Mungkin dia berduka

Tiada siapa mahu ambil tahu 
Dan ambil kisah tentangnya
Kerana dia adalah seorang tua yang 
Hanya menunggu ajalnya dijemput

Tapi sedarkah kisah
Tanpa dia tiadalah kita
Siapalah kita tanpa tarbiyyahnya
Kemanakah hala tuju kita tanpa dipandunya

Itulah jiwa seorang ibu
Lembut pada mata kasarnya
Tetapi cekal dalamannya

Lemah bukan bererti lemah azalinya
Tetapi lemah dalam mengumpul kekuatan

Ibu,,
Semoga dirimu sentiasa dilapangkan dadamu
Maafkan daku jika terkasar bahasa
Moga dengan doaku yang mengiringimu
Menjadi kekuatan buatmu

Dari insan bernama anak..


Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).


2 comments: