Tuesday, July 3, 2012

Everything needs GOALS!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Sesuai dengan pembukaan, segala puji-pujian kepada Allah taala yang memberikan diri ini peluang masa dan idea untuk melorekkan kata-kata peringatan di sini.. InsyAllah cuba untuk dikongsi bersama..



Alhmdulillah,, masih lagi bernafas seperti biasa,, Namun ibadahnya adakah masih perlu biasa-biasa jua? Huuhh,, terpanah hati dengan kata-kata sendiri.. Sebagai anak,pelajar dan jua pemimpin atau dalam erti kata lainnya daie.. Kita cuba untuk menyediakan masa yang cukup untuk segala aktiviti yang ingin kita lakukan.. Memang susah.. Setiap perkara ada saja halanagannya,, Tambah2 bilamana kita terikat dengan orang tua.. Bagi muslimat terutamanya, kalau dah berada di rumah,, mmg menjadi satu cabaran dalam mencuba dan terus mencuba untuk mengambil hati orang tua kita,, Dan pada masa yang sama ingin saja sekali-sekala merasakan untuk menjengah pandangan kita ke luar rumah.. (Anda mungkin memahami maksud saya).. =)

Sebagaimana maklum, tanggungjawab melebihi masa yang kita ada dalam seharian,, Jadi HARGAIlah,APPRECIATElah.,, Sementara masa masih ada.. Jika apa yang terlintas di fikiran KITA, perkara yang baik dan boleh dilaksanakan dengan segera.. Segerakanlah..

Tetapi perlu juga beringat-ingat,, Bahawa dalam kte nak mengecapi banyak benda,, diperlukan strategi dalam mencapainya.. Letakkan spesifik GOAL, kemudian target pencapaian kita.. Jika tidak dapat achhieve lagi perkara tersebut,, masukkan dalam buku nota kecil.. dan tulis besar2.. Harapan untuk kukecapi tahun depan.. Hee.. Xdelah gurau je.. (=,=) OK2,, be serius.. Masukkan dalam buku nota kecil dan spesifikkan kenapa  kita tak dapat capai perkara tersebut... Hem,,, mesti bnyk perkara yang mengganggu diri..
Bukan senang nak dapatkan sesuatu yang kita nak,, Tambah2 dalam memperjuangkan sesuatu.. Apa yang penting adalah komitmen (itqan), dan pengorbanan (tadhiyyah)..



Tiada yang lebih penting selain komitmen dan pengorbanan dan perlu jua disuburkan dengan titipan DOA.. Doa adalah senjata orang mukmin... Senjata yang macam mana tue?? Sampai dapat membunuh kah??? Persoalan demi persoalan...



Doa adalah jalan keselamatan, tangga pengantar, sesuatu yang dituntut oleh orang-orang yang berpengetahuan, kendaraan orang-orang soleh, tempat berlindung bagi kaum yang terzalimi dan tertindas, melalui doa nikmat diturunkan dan melaluinya pula murka dihindarkan.

Alangkah besar kebutuhan para hamba Allah dengan berdoa, seorang muslim tidak akan pernah boleh terlepas dari keperluan berdoa dalam setiap situasi dan kondisinya.

Doa adalah ubat yang paling mujarab, ia ibarat MUSUH bagi PENYAKIT, ia sentiasa melawan, menghilangkan atau meringankannya.

Begitulah kedudukan doa...

Oleh,, itu mulai sekarang cuba kita pasakkan di dalam lubuk sanubari kita,, Apa yang kita nak buat,, Cuba untuk tahu tujuan dulu, kemuadian create a GOAL dan give ur commitment and sacrifice on it.. Tidak ketinggalan jua,, rujuk dulu kepada orang-orang yang berpengalaman jgak.. OK,, sekian untuk hari ini..

Peringatan kencang buat diriku., Moga diriku bukanlah seperti lalang,, Tumbuhkanlah dari jiwamu satu prinsip yang tiada sapa boleh menyelarnya.. Peganglah dengan prinsip anda sebagai seorang serikandi ISLAM.. Jangan pernah goyah...

If ALLAH willing.. <3 <3 <3...

Ameen..

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete